Berita SFC Rumusan Program Pembangunan oleh Dennis Bekking

Youth | U20 | U23 | DennisBekking |16 NOV 2023 | FAS

Rumusan Program Pembangunan oleh Dennis Bekking

news-picture

Perlawanan rasmi Piala MFL, Piala Presiden dan Piala Belia yang membabitkan skuad-skuad pembanggunan Selangor FC secara rasmi telah tamat untuk musim ini di bawah pantauan tahun pertama Dennis Bekking sebagai Pengarah Teknikal Gergasi Merah.

Imbas kembali, ketiga-tiga pasukan pembangunan berjaya menguasai sepenuhnya di peringkat kumpulan sebagai pendahulu kumpulan masing-masing dalam Piala MFL, Piala Presiden dan Piala Belia. Skuad bawah 18 tahun menamatkan kejohanan Piala Belia sebagai juara bertahan dua tahun berturut-turut dengan rekod tanpa kalah. Selain itu, skuad bawah 20 tahun menamatkan kempen mereka di peringkat Separuh Akhir Piala Presiden. Sementara itu, skuad bawah 23 tahun pula menamatkan saingan Piala MFL di tempat ke-4 peringkat Liga Juara pada tahun pertama saingan dianjurkan.

Menurut Pengarah Teknikal Selangor FC, matlamat utama pembanggunan adalah untuk memupuk budaya kemenangan di dalam dan di luar padang.

“Corak permainan yang kami cuba terapkan adalah berasaskan penguasaan. Pada asasnya adalah cara kita untuk menguasai padang. Ia adalah mengenai proaktif, inisiatif, kepimpinan, ruang, kesedaran, jarak dan membuat keputusan yang bijak. Apabila kehilangan bola, caranya adalah dapatkan semula penguasaan bola dengan cepat biarpun berada di kawasan paling atas. Namun apabila berhadapan dengan pemain muda, tumpuan utama haruslah tertumpu kepada cara kita mahu bermain (Gaya dan Prinsip Permainan) bukan sahaja menghalang pihak lawan daripada bermain. Mengajar pemain cara membaca permainan, mengenali situasi dan memanfaatkan ruang serta membenarkan mereka membuat pilihan dan keputusan sendiri adalah perkara yang penting.

“Salah satu fokus utama di tahun pertama ialah cuba mewujudkan budaya berprestasi tinggi, bermaksud, kami cuba mencipta ‘budaya kemenangan’ daripada tumpukan hanya pada kemenangan daripada perlawanan. Untuk melakukan ini, tingkah laku kakitangan dan pemain adalah sangat penting. Usaha 100% tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang istimewa. Ia adalah ‘standard’! Membuat keputusan berkenaan perkara yang sukar untuk dirunding adalah penting. Mewujudkan persekitaran di mana mereka boleh menerima sebarang maklum balas tanpa mengubah mentaliti mereka untuk terus beraksi dengan baik. Selain itu, meletakkan ‘demand’ tertentu menjadi satu tanggungjawab yang tinggi. Ia adalah sebahagian daripada persekitaran pembelajaran yang kami cuba cipta. Dalam persekitaran sedemikian, keselamatan adalah sangat penting. Ini bermakna pemain dan jurulatih bukan sahaja dijangka untuk mendapatkan kemenangan, tetapi dibenarkan melakukan kesalahan kerana proses ini akan memberikan pengajaran berharga kepada mereka.

"Selangor FC telah berikan peluang awal kepada pemain berpotensi tinggi untuk bermain di dan membiasakan diri di peringkat yang lebih tinggi. Barisan kesebelasan utama U23 selalunya terdiri daripada beberapa pemain bawah 18 tahun. Secara kasarnya, daripada permulaan MFL bawah 23 tahun sepanjang musim ini, 25% pemain yang kami gunakan adalah berusia bawah 18, 43% umur bawah 20 tahun dan 32% umur bawah 23 tahun. Kami tidak menggunakan pemain berlebihan (senior), membezakan pasukan daripada yang lain pasukan.

"Kami cuba mencipta laluan pembangunan yang membawa kepada membangunkan pemain yang akan dimainkan dalam pasukan utama pada masa hadapan. Ramai pemain musim ini telah diberi peluang untuk bermain dan berlatih bersama pasukan utama. Enam pemain muda telah membuat penampilan sulung mereka bersama skuad utama dan mendapat Panggilan Kebangsaan yang konsisten untuk sebilangan besar pemain muda. Saya yakin perancangan Selangor FC setakat ini berada di landasan yang betul.

“Memenangi permainan bukanlah satu titik utama kejayaan di peringkat pembangunan. Membangunkan pemain secara sehingga mereka layak beraksi dalai kesebelasan utama adalah penting. Matlamat utama kami adalah untuk membantu dan membangunkan pemain dalam memaksimumkan potensi mereka. Untuk melakukan itu, kita perlu mewujudkan persekitaran yang membenarkan tujuan tersebut terjadi, menuntut kecemerlangan dan tidak meninggalkan ruang untuk alasan mahupun kompromi. Dari segi Pengurusan Nilai Pasukan, Pembangunan Pemain biasanya dikenali sebagai kaedah terbaik yang terbukti dan mampan untuk mencipta kejayaan jangka panjang. Untuk melaksanakan perkara ini memerlukan kelab, jurulatih dan pemain untuk terbuka dengan perubahan. Ini memerlukan disiplin, komunikasi dan kadang-kadang melepaskan apa yang telah dianggap sebagai cara atau standard selama bertahun-tahun. Ia berkaitan dengan minda, pemacu, komitmen dan semangat. Tiada siapa akan maju jika berterusan berada di zon selesa.”

Selangor FC mengucapkan tahniah kepada kemajuan yang dicapai oleh skuad Pembangunan Gergasi Merah pada musim 2023. Semoga pertumbuhan dan pembangunan akan mendorong bakat kita ke tahap yang lebih tinggi pada tahun 2024.

Demi Kebanggaan

phone