Berita SFC Kembali Bertugas: Pemain Red Giants dalam Sesi Latihan

FirstTeam | NationalDuty | 24 OCT 2023 | FAS

Kembali Bertugas: Pemain Red Giants dalam Sesi Latihan

news-picture

Lima pemain Gergasi Merah, Brendan Gan, Faisal Halim, Quentin Cheng, Sharul Nazeem dan Mukhairi Ajmal secara rasmi melaporkan diri dan menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan yang lain semalam.

Menurut Sharul Nazeem, pemain pertahanan Selangor FC, mahu pasukan terus berikan fokus untuk tiga perlawanan terakhir di pentas Liga Super 2023 sebaik saja pulang daripada Pestabola Merdeka baru-baru ini.

“Saya gembira dapat panggilan kali ini, walaupun kami kalah dalam Perlawanan Akhir Pestabola Merdeka kali ini, kita dapat pelajari kekurangan serta kebolehan yang ada. Saya harap ada lagi peluang untuk saya berjuang untuk negara,”

“Setakat ini, dalam perancangan barisan jurulatih, kami akan menghadapi perlawanan persahabatan untuk mengekalkan kecergasan bagi menentang Perak FC pada bulan November nanti,” tambahnya lagi

“Semalam hari pertama kami kembali ke kem Merah Kuning, saya nampak pasukan masih berada dalam keadaan yang baik. Kita masih bersaing secara sihat di sini. Kita perlu fokus dalam tiga perlawanan terakhir untuk mengekalkan kedudukan tempat kedua dalam Liga Super 2023,” semangat Sharul.

Skuad Selangor FC masih mempunyai tiga perlawanan akhir, #SELPRK (25 Nov), #KDASEL (2 Dis) dan #SELPDRM (17 Dis) sebelum saingan Liga Super 2023 menutup tirai.

Pihak pengurusan berharap pemain-pemain terus mengekalkan kecergasan serta persembahan terbaik dalam perlawanan-perlawanan tersebut untuk membawa kelab ke tahap lebih tinggi.

Demi Kebanggaan!

phone