Berita SFC Berlin Leong Berlepas Ke Sepanyol

WomensFirstTeam | BerlinLeon | 24 AUG 2023 | FAS

Berlin Leong Berlepas Ke Sepanyol

news-picture

Skuad Wanita Selangor FC musim 2023 akan kehilangan seorang lagi pemain tonggak pasukan, Berlin Leong Xin Yin untuk melanjutkan pelajaran di University Carlos III of Madrid dan akan teruskan karier bola sepaknya bersama pasukan Wanita Atletico Trabenco sehingga 2026.

Lebih mesra dengan panggilan Amoi, telah bersama skuad Wanita Selangor sejak tahun 2019 dalam kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah. Tahun seterusnya beliau bersama CF Pozuelo Juvenil A Femenino dan CF Pozuelo Femenino Senior B pada tahun 2020.

Berlin juga mula mewakili Malaysia sejak usianya 17 tahun dalam Kejohanan AFC B19. Pada tahun seterusnya, beliau dipanggil menyertai skuad utama Malayan Tigress dalam Kejohanan Bola Sepak AFF Wanita 2020 dan FIFA International Women’s Football Series bersama negara Bangladesh.

Sebelum memutuskan untuk melanjutkan pelajaran, pemain berusia 22 tahun ini telah beraksi dalam tiga perlawanan bersama skuad Wanita Selangor FC membantu pasukan berada di tempat kedua dengan lima mata terkumpul dalam saingan Liga Wanita Nasional 2023 setakat ini. Daripada tiga perlawanan, beliau sempat menyumbang 3 percubaan tepat ke arah gawang dan 3 sepakan penjuru bersama pasukan.

Selangor FC mengucapkan semoga berjaya kepada Berlin Leong Xin Ying.

Demi Kebanggaan!

phone