SFC News Penambahbaikan Padang Sebelum Pramusim 2024 Bermula

FirstTeam | 12 JAN 2023 | FAS

Penambahbaikan Padang Sebelum Pramusim 2024 Bermula

news-picture

Antara perkara yang dititik beratkan ketika musim cuti kancah bola sepak Malaysia adalah penambahbaikan aset dan kemudahan di SFC Training Centre terutamanya padang latihan kem Gergasi Merah.

Gerak kerja penambahbaikan telah bermula sebaik sahaja musim berakhir pada 18 Disember sehingga hari ini. Pihak pengurusan mahu memastikan kualiti padang latihan berada di tahap yang lebih baik berbanding musim sebelumnya. Padang latihan yang membenarkan pergerakan bola yang lebih laju dan membolehkan para pemain membuat hantaran serta memudahkan pengelecekkan bola.

Keadaan padang yang telah haus dan lusuh selepas musim panjang pada musim lalu daripada sesi latihan yang dijalankan hampir setiap hari menjadi faktor utama penambahbaikan ini dilakukan lebih awal. Kerja kemas dijalankan untuk menghidupkan semula tanah dan akar rumput, pengudaraan tanah untuk membantu pengaliran air, penambahbaikan padang dan memastikan padang dapat menahan penggunaan berat sebelum pramusim 2024 bermula.

Proses pembuangan timbunan jerami atau ‘verticut’ telah dilakukan terlebih dahulu bagi membolehkan rumput bernafas dengan lebih lebih baik, menyerap nutrien dan sekaligus membantu pengaliran air yang lebih baik ke dalam tanah. Kemudian, mengeluarkan bahagian tanah liat dengan cara 'hollow tining' dan digantikan dengan pasir halus atau 'fairway sand' untuk penukaran profil tanah; dapat menggalakkan tanah yang lebih lembut serta membuka ruang yang cukup bagi saliran air mengalir.

Diteruskan dengan proses penebukkan lubang atau ‘solid tine’ ke dalam tanah; bagi membolehkan air yang bertakung di atas padang akan kering dengan lebih cepat semasa hujan lebat dan untuk pengudaraan tanah. Proses ini adalah sangat penting terutama sekali apabila hujan lebat sebelum sesi latihan dijalankan. Proses ini memudahkan pasukan untuk terus lakukan sesi latihan tanpa perlu risau akan keadaan padang selepas hujan.

'Topdress' serta pembajaan menjadi langkah terkahir kerja-kerja penambahbaikan ini. Gerak kerja menutup seluruh padang dengan pasir halus dan membaja dilakukan untuk memulihkan nutrient dalam tanah serta dapat menggalakan pertumbuhan rumput baru yang sihat. Ini akan memastikan padang berada di tahap yang terbaik sebelum sesi latihan bermula tidak lama lagi.

Semua proses penambahbaikan padang ini dilaksanakan dengan tujuan membantu skuad Selangor FC melalui sesi latihan pramusim dengan sempurna serta mempertingkatkan prestasi mereka bagi musim 2024. Untuk pengetahuan, kedua-dua padang di SFC Training Centre dijangkakan akan mula beroperasi pada 5 Februari ini.

Demi Kebanggaan!

phone