Berita SFC Cabaran Di China Menanti Harimau Malaya

FirstTeam | NationalDuty | 30 AUG 2023 | FAS

Cabaran Di China Menanti Harimau Malaya

news-picture

Empat pemain Selangor FC Brendan Gan, Faisal Halim, Sharul Nazeem dan Quentin Cheng telah mendapat panggilan Harimau Malaya ke kem latihan pusat bermula semalam.

Pasukan Kebangsaan akan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Syria (6 September) dan China (9 September) yang akan berlangsung di Chengdu, China.

Sedikit data statistik mengenai pemain-pemain yang telah dipanggil mengikuti pasukan Harimau Malaya dalam saingan Liga Malaysia bersama Gergasi Merah musim 2023:-

Brendan Gan: Beraksi 25 kali daripada 26 perlawanan, 3 jaringan gol, 8 bantuan gol

Faisal Halim: Beraksi 21 kali daripada 26 perlawanan, 11 jaringan gol, 8 bantuan gol

Sharul Nazeem: Beraksi 19 kali daripada 26 perlawanan dan 2 jaringan gol, 5 'clean sheets'

Quentin Cheng: Beraksi 21 kali daripada 26 perlawanan dan 4 bantuan gol, 6 'clean sheets'

Selain mereka yang bersama pasukan Malaysia, pemain-pemain Selangor FC akan menjalani latihan seperti biasa di Pusat Latihan Selangor FC. Nantikan berita terkini berkenaan pasukan di laman media sosial Gergasi Merah dari masa ke semasa.

Selangor FC mengucapkan semoga berjaya kepada pasukan Harimau Malaya untuk perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Chengdu, China.

Demi Kebanggaan.

Kredit : Gambar daripada FA Malaysia

phone