Berita SFC Previu Perlawanan LS20 | Negeri Sembilan FC vs Selangor FC | Cabaran Di Paroi Menanti

FirstTeam | LigaSuper2023 | 13 AUG 2023 | FAS

Previu Perlawanan LS20 | Negeri Sembilan FC vs Selangor FC | Cabaran Di Paroi Menanti

news-picture

Selangor FC akan menentang Negeri Sembilan FC bagi perlawanan Liga Super 2023 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi esok (14 Ogos) pada jam 9:00 malam.

Ini merupakan pertemuan ke-105 di antara #NSESEL. Gergasi Merah telah memenangi 64 perlawanan dan 19 seri. Selain itu, 256 jaringan gol telah terhasil daripada pertemuan dua pasukan ini.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, mahu pasukan bersedia dengan serangan balas daripada pasukan Negeri Sembilan FC.

"Kemenangan perlawanan lalu semestinya menjadi motivasi pasukan untuk menghadapi cabaran esok. Sedikit sebanyak memberi kita momentum yang baik untuk berada dalam kedudukan terbaik dalam Liga.

“Kami melihat perlawanan esok akan menjadi sengit kerana dua aksi menentang Negeri Sembilan FC sebelum ini kita dibolosi gol awal tetapi kita mampu bangkit daripada situasi tersebut. Kita perlu fokus dalam setiap serangan balas mereka kerana ia merupakan antara kekuatan pasukan tersebut," tegas Tan Cheng Hoe.

Bagi keberadaan pemain, menurut Tan Cheng Hoe juga, “Persiapan pasukan cukup baik cuma beberapa pemain tidak dapat bersama pasukan seperti Brendan Gan dan Noor Al-Rawabdeh kerana mengalami kecederaan di bahagian buku lali,” tambahnya lagi.

“Barisan jurulatih juga akan mencari pengganti Safuwan Baharudin dan Ruventhiran kerana kedua mereka tidak akan bersama pasukan untuk perlawanan kali ini akibat daripada penggantungan selepas mengutip tiga kad kuning.”

Pihak pengurusan Selangor FC percaya pasukan kualiti yang dimiliki pemain-pemain Gergasi Merah. Aksi cemerlang dan kemenangan dicari. Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!

phone