Berita SFC Previu Perlawanan LS24 | Selangor FC vs Perak FC | Hanya Tinggal Beberapa Perlawanan Sahaja Lagi

FIRST TEAM | LIGA SUPER 2023 | 24 NOV 2023 | FAS

Previu Perlawanan LS24 | Selangor FC vs Perak FC | Hanya Tinggal Beberapa Perlawanan Sahaja Lagi

news-picture

Saingan Liga Super 2023 bersambung semula dengan perlawanan ke-24 di antara Selangor FC dan Perak FC akan berlangsung esok (25 November) di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada jam 5:30 petang.

Ini merupakan pertemuan ke-161 di antara #SELPRK. Gergasi Merah telah memenangi 89 perlawanan dan 23 seri. Selain itu, 303 jaringan gol telah terhasil daripada pertemuan dua pasukan ini.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, mahu dapatkan keputusan positif bagi mengekalkan kedudukan yang terbaik di saingan Liga Super 2023.

"Selepas 29 September kita tidak ada perlawanan kompetitif sehingga kini. Bukan mudah untuk kita berikan motivasi yang tinggi kepada pemain-pemain tetapi kami barisan jurulatih amat gembira dengan keadaan pasukan yang sentiasa berikan komitmen yang tinggi biarpun semasa liga direhatkan. Kami menjalani latihan seperti biasa sepanjang kalendar FIFA berjalan bagi mengekalkan momentum pasukan dan tahap kecergasan yang terbaik,

"Seperti yang kita tahu, pasukan Perak FC nampak dari segi keyakinan semakin meningkat dari perlawanan ke perlawanan. Kami barisan jurulatih sentiasa menekankan perlawanan menentang mereka akan menjadi satu aksi yang sukar dengan keadaan pasukan sekarang. Kita perlu fokus semula dengan cara permainan Gergasi Merah kerana perlawanan ini cukup penting untuk kita dapatkan keputusan yang positif,” tegas Tan Cheng Hoe

Bagi keberadaan pemain, Tan Cheng Hoe lega apabila, "pemain-pemain yang bersama pasukan kebangsaan pulang ke kem latihan Merah Kuning tanpa sebarang kecederaan merupakan satu berita yang terbaik untuk saya. Walau bagaimanapun, Rauf Salifu dan Ruventhiran masih menjalani sesi pemulihan daripada kecederaan,"

Pihak pengurusan sentiasa berada di belakang skuad Selangor FC dan mendoakan kejayaan. Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!

phone