Berita SFC Previu Perlawanan LS15 | Selangor FC vs Kuching City FC | Perjuangan Diteruskan

FirstTeam | PialaMalaysia2023 | 02 JUL 2023 | FAS

Previu Perlawanan LS15 | Selangor FC vs Kuching City FC | Perjuangan Diteruskan

news-picture

Selangor FC akan menyambut kedatangan pasukan Kuching City FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya esok (3 Julai) pada jam 9 malam untuk perlawanan Liga Super 2023.

Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, beliau mahu pasukan pandang ke hadapan dan fokus untuk perlawanan seterusnya.

“Sebagai seorang Ketua Jurulatih, saya mahu pasukan pandang ke arah positif untuk memudahkan persiapan perlawanan-perlawanan seterusnya. Fokus kali ini adalah untuk lakukan yang terbaik dalam liga terutamanya untuk perlawanan esok.

“Kita perlu beraksi dengan lebih yakin dan konsisten untuk menjadi antara pasukan yang terbaik dalam kancah bola sepak Malaysia. Setiap perlawanan saya akan sentiasa mengingatkan pemain-pemain untuk yakin dengan diri dan pasukan kerana ia akan membantu pasukan mempunyai harapan yang tinggi untuk mendapatkan keputusan yang dimahukan," tegas Tan Cheng Hoe.

Bagi keberadaan pemain, menurut Tan Cheng Hoe, beliau menyatakan Fazly Mazlan dan Yazan Al-Arab mengalami kecederaan dalam perlawanan lalu. Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat memutuskan bahawa mereka akan direhatkan atau tidak dalam temubual baru-baru ini.

Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan akan bangkit dan memberikan fokus sepenuhnya untuk perlawanan-perlawanan seterusnya. Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!

phone