Berita SFC Previu Perlawanan LS16 | Sri Pahang FC vs Selangor FC | Cabaran Menanti Di Kuantan

FirstTeam | LigaSuper2023 | 07 JUL 2023 | FAS

Previu Perlawanan LS16 | Sri Pahang FC vs Selangor FC | Cabaran Menanti Di Kuantan

news-picture

Selangor FC akan berkunjung ke negeri Darul Makmur untuk menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan esok (9 Julai) pada jam 5:15 petang untuk perlawanan Liga Super 2023.

Menurut penjaga gawang Selangor FC, Samuel Somerville, pasukan #GergasiMerah tahu akan kelebihan pasukan lawan namun keadaan semasa pasukan yang baik bakal membantu untuk perlawanan esok.

“Tidak dinafikan Sri Pahang merupakan pasukan yang hebat dan kuat. Mereka mempunyai ramai pemain yang bagus terutamanya di bahagian hadapan yang kita tahu seperti Kpah Sherman dan di bahagian tengah, Azam Azih, mereka merupakan tunjang pasukan yang hebat.

“Bagi pasukan kami, saya melihat bilik persalinan gembira, dan sekaligus kita tahu ini akan membantu persefahaman pasukan dengan lebih baik. Saya nantikan untuk beraksi petang esok,” jelas Samuel.

Bagi keberadaan pemain, Yazan Al-Arab masih mengalami kecederaan dan berkemungkinan pemain baru Selangor FC, Boakye-Yiadom akan membuat penampilan sulung dalam perlawanan esok.

Pihak pengurusan Selangor FC sentiasa berada di belakang pasukan. Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!

phone