Berita SFC Previu Perlawanan LS17 | Selangor FC vs Penang FC | Bersedia Fizikal dan Mental

FirstTeam | PialaMalaysia2023 |14 JUL 2023 | FAS

Previu Perlawanan LS17 | Selangor FC vs Penang FC | Bersedia Fizikal dan Mental

news-picture

Selangor FC akan menerima kunjungan Penang FC untuk perlawanan ke-17 Liga Super 2023 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya esok (15 Julai) pada jam 9.00 malam untuk perlawanan Liga Super 2023.

Ini merupakan pertemuan ke-127 di antara #SELPEN. Gergasi Merah telah memenangi 75 perlawanan dan 20 seri. Selain itu, 263 jaringan gol telah terhasil daripada pertemuan dua pasukan ini.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, pasukan akan beralih fokus untuk perlawanan esok dan berusaha untuk dapatkan kemenangan untuk penyokong dan kelab.

"Setakat ini, latihan dan keadaan pasukan pada saya dalam keadaan yang baik. Kami barisan jurulatih sedang membuat perancangan terakhir untuk menghadapi pasukan Penang FC. Saya lihat pemain-pemain pun sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan esok. Apa yang penting adalah kita perlu menambah baik beberapa bahagian terutamanya finishing di depan gol,"

"Kalau ikutkan, mana-mana pasukan ingin mendapatkan kemenangan di laman sendiri terutamanya apabila menerima sokongan padu daripada para penyokong dan saya keyakinan beraksi di laman sendiri juga berbeza. Kami akan berusaha untuk berikan yang terbaik dalam perlawanan esok," tegas Tan Cheng Hoe

Bagi keberadaan pemain, menurut Tan Cheng Hoe juga, dua pemain pertahanan tengah, Yazan Al-Arab dan Richmond Ankrah mengalami kecederaan, mereka beliau tidak akan bersama pasukan buat sementara ini.

Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan akan berikan yang terbaik untuk perlawanan esok. Bangkit, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!

phone