Berita SFC Previu Perlawanan LS18 | Johor Darul Ta'zim FC vs Selangor FC | Pertarungan Di SSI

FirstTeam | LigaSuper2023 | 29 JUL 2023 | FAS

Previu Perlawanan LS18 | Johor Darul Ta'zim FC vs Selangor FC | Pertarungan Di SSI

news-picture

Skuad Selangor FC akan menentang Johor DT FC dalam saingan Liga Super 2023 di Stadium Sultan Ibrahim hari ini pada jam 9 malam.

Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, pasukan telah bersedia.

“Persiapan pasukan serta suasana latihan cukup baik selepas kemenangan minggu lalu. Dalam masa yang sama, kami barisan jurulatih sudah mempersiapkan taktikal yang sepatutnya untuk perlawanan pada malam ini.

“Kita juga tidak dapat menurunkan Faisal Halim kerana pergantungan perlawanan yang telah terjadi. Barisan jurulatih dan pasukan memberi sokongan penuh kepada beliau untuk terus kekal positif dan cekal menghadapi pergantungan tersebut," kata Tan Cheng Hoe.

Beliau juga menyatakan Khuzaimi Piee dan Richmond Ankrah mengalami kecederaan dan tidak dapat bersama pasukan pada malam ini.

Pihak pengurusan Selangor FC percaya pasukan akan berikan sepenuhnya pada malam ini. Kami sentiasa bersama skuad Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!

phone