Berita SFC Previu Perlawanan LS18 | Selangor FC vs Sabah FC | Bersedia dan Bersemangat untuk Berjuang

FirstTeam | FirstTeam | 22 JUL 2023 | FAS

Previu Perlawanan LS18 | Selangor FC vs Sabah FC | Bersedia dan Bersemangat untuk Berjuang

news-picture

Selangor FC akan menerima kunjungan Sabah FC untuk perlawanan ke-18 Liga Super 2023 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya esok (23 Julai) pada jam 9.00 malam.

Ini merupakan pertemuan ke-75 di antara #SELSAB. Gergasi Merah telah memenangi 37 perlawanan dan 15 seri. Selain itu, 125 jaringan gol telah terhasil daripada pertemuan dua pasukan ini.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, beliau akui kualiti pemain pasukan Sabah FC miliki namun beliau yakin pasukan sudah bersedia untuk perlawanan esok.

"Dalam latihan pemain-pemain sudah bersedia dan cukup bermotivasi untuk perlawanan esok. Walau bagaimanpun, ada sedikit yang membimbangkan kerana beberapa pemain yang belum berada di tahap kecergasan yang terbaik tetapi saya yakin ramai pemain dapat mengisi kekosongan itu. Saya akan turunkan kesebelasan utama yang terbaik mengikut keadaan pasukan,"

"Pasukan Sabah menang dengan selesa dalam perlawanan sebelum ini dengan jaringan yang cukup besar. Kita nampak bahagian serangan dan pertahanan mereka cukup berkualiti dan akan berikan saingan yang baik untuk pasukan. Ini bermakna, kita perlu bersedia dalam apa juga taktikal yang mereka akan bermain. ," tegas Tan Cheng Hoe

Bagi keberadaan pemain, menurut Tan Cheng Hoe juga, pertahanan tengah, Richmond Ankrah masih mengalami kecederaan dan tidak dapat beraksi bersama pasukan.

Pihak pengurusan Selangor FC percaya dengan usaha yang telah dilakukan oleh pasukan. Terus beraksi dengan cemerlang, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!

phone