Berita SFC Match Previu LS22 | Terengganu FC vs Selangor FC | Bekerja Keras Untuk Mengekalkan Kedudukan Di Liga Super 2023

FirstTeam | LigaSuper2023 | 29 SEP 2023 | FAS

Match Previu LS22 | Terengganu FC vs Selangor FC | Bekerja Keras Untuk Mengekalkan Kedudukan Di Liga Super 2023

news-picture

Selangor FC meneruskan perjuangan saingan Liga Super 2023 dengan menentang Terengganu FC untuk perlawanan ke-22 hari ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada jam 9 malam.

Ini merupakan pertemuan ke-121 di antara #SELTER. Gergasi Merah telah memenangi 51 perlawanan dan 25 seri. Selain itu, 230 jaringan gol telah terhasil daripada pertemuan dua pasukan ini.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, mahu pasukan kerja keras untuk mengekalkan kedudukan di Liga Super 2023.

"Kita mempunyai baki empat perlawanan terakhir dalam Liga Super 2023. Selangor FC akan sedaya upaya mengekalkan kedudukan di tempat kedua sehingga tamat persaingan. Walau bagaimanapun, Ini bukanlah satu perkara yang mudah tetapi kita akan berusaha untuk dapatkan keputusan yang positif terutama sekali perlawanan pada malam ini,”

"Setiap pemain perlu bekerja keras untuk pastikan pasukan bersedia menghadapi apa jua cabaran yang mendatang dalam baki perlawanan yang ada. Cabaran sebenar adalah diri kita sendiri. Kita perlu capai sasaran yang telah diletakkan," tegas Tan Cheng Hoe.

Bagi keberadaan pemain, Khuzaimi Piee tidak dapat bersama pasukan pada malam ini atas faktor kecederaan di bahagian tulang rusuk yang dialaminya baru-baru ini.

Pihak pengurusan percaya akan semangat juang skuad Selangor FC untuk mendapatkan kemenangan pada malam ini. Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!

phone