Berita SFC Previu Perlawanan LS25 | Kedah Darul Aman FC vs Selangor FC | Perlawanan Penting Bagi Perebutan Slot ke Pentas AFC Musim Depan

FIRST TEAM | LIGA SUPER 2023 | 02 DEC 2023 | FAS

Previu Perlawanan LS25 | Kedah Darul Aman FC vs Selangor FC | Perlawanan Penting Bagi Perebutan Slot ke Pentas AFC Musim Depan

news-picture

Perlawanan kedua terakhir saingan Liga Super 2023 menyaksikan Selangor FC menentang Kedah Darul Aman FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada jam 9 malam.

Ini merupakan pertemuan ke-123 di antara #KDASEL. Gergasi Merah telah memenangi 59 perlawanan dan 29 seri. Selain itu, 270 jaringan gol telah terhasil daripada pertemuan dua pasukan ini.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, akui perlawanan yang getir namun yakin pasukan telah bersedia.

"Malam ini akan jadi satu perlawanan yang cukup sengit dan getir untuk kedua-dua pasukan. Kita semestinya mempunyai misi untuk capai keputusan positif apabila bertandang di Stadium Darul Aman. Oleh itu, saya dan barisan jurulatih harus pastikan para pemain bersedia. Secara keseluruhan persiapan dalam latihan adalah cukup baik.

"Kita tahu corak permainan Kedah terkenal dengan cara "offensive" dan ianya tidak asing dengan Nafuzi. Kita perlu membuat satu perancangan yang baik, sama ada perlu menyerang atau bertahan semasa perlawanan nanti. Setiap pemain perlu bersedia untuk apa sahaja strategi yang kita telah rancangan dan apa yang penting adalah fokus yang diberikan dalam perlawanan esok," tegas Tan Cheng Hoe.

Beliau juga menghembuskan nafas lega dengan keberadaan pemain, "Berita baik untuk perlawanan kali ini adalah semua pemain bebas daripada kecederaan,".

Pihak pengurusan mendoakan kejayaan pasukan. Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!

phone