Berita SFC Previu Perlawanan LS26 | Perlawanan Terakhir Liga Super 2023

FIRST TEAM | LIGA SUPER 2023 | 16 DEC 2023 | FAS

Previu Perlawanan LS26 | Perlawanan Terakhir Liga Super 2023

news-picture

Perlawanan penutup saingan Liga Super 2023 menemukan Selangor FC menentang PDRM FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada jam 9 malam esok.

Ini merupakan pertemuan ke-31 di antara #SELPDRM. Gergasi Merah telah memenangi 17 perlawanan dan 9 seri. Selain itu, 79 jaringan gol telah terhasil daripada pertemuan dua pasukan ini.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, masih mahu dapatkan keputusan positif untuk terus berada dalam kedudukan terbaik.

"Perlawanan terakhir Liga Super esok penting untuk pasukan kerana semestinya kita tahu rekod pertemuan menentang PDRM dalam tiga perlawanan sebelum ini boleh diperbaiki. Perlawanan esok mampu berikan keyakinan dan moral kepada kita untuk terus berada di tahap terbaik. Kita perlu dapatkan keputusan positif tersebut.

“Tambah lagi, saya yakin ramai penyokong yang akan datang untuk perlawanan akhir ini, kita tidak mahu kecewakan mereka," harapan Tan Cheng Hoe.

Beliau juga gembira dengan status keberadaan pemain untuk perlawanan penutup esok, "Setakat ini tiada pemain yang mengalami cedera yang serious. Kita berharap perkara positif ini akan berikan keputusan terbaik dalam perlawanan esok,".

Pihak pengurusan sentiasa berada di belakang pasukan. Ayuh, Gergasi Merah!

Bersempena perlawanan penutup musim 2023, Selangor FC ingin mengajak para penyokong untuk menjayakan kempen 1 Mafla 1 Penyokong pada hari esok. Penjualan Mafla “special edition” rasmi Gergasi Merah akan diadakan esok di setiap pintu masuk dengan harga RM20. Setiap pembelian akan menerima #SFCCLASSOF2023 Yearbook secara percuma.

Jumpa anda esok Red Giants!

Demi Kebanggaan!

phone