Berita SFC Previu Perlawanan R16-1 | PDRM FC vs Selangor FC | Bersedia dan Fokus untuk Piala Malaysia

FirstTeam | PialaMalaysia2023 | 03 AUG 2023 | FAS

Previu Perlawanan R16-1 | PDRM FC vs Selangor FC | Bersedia dan Fokus untuk Piala Malaysia

news-picture

Skuad Selangor FC membuka tirai Piala Malaysia 2023 musim ini dengan menentang PDRM FC dalam perlawanan pertama pusingan ke-16 di Stadium MBPJ sebagai pasukan pelawat esok (3 Ogos) pada jam 9 malam.

Saingan Piala Malaysia musim ini menyaksikan perubahan format dengan kesemua pasukan akan memulakan cabaran seawal di pusingan 16 terbaik berbanding peringkat kumpulan seperti sebelum ini. 14 pasukan Liga Super dan 2 pasukan teratas Liga M3 bakal mempertaruhkan aksi yang akan dimainkan secara timbal balik bermula dengan pusingan 16 pasukan, suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir (satu perlawanan).

Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, mahu pasukan lebih fokus dan bersedia untuk perlawanan esok.

"Piala Malaysia adalah satu pertandingan yang penting. Kita tahu mana-mana pasukan mahu ke peringkat seterusnya. Dalam masa yang sama, persiapan kami masih berada dalam keadaan yang terbaik. Latihan agak berintensi tinggi walaupun kita baru sahaja selesai perlawanan sebelum ini,"

"PDRM merupakan antara satu pasukan yang agak sukar untuk kita mendapatkan kemenangan kerana mereka mempunyai pertahanan yang terbaik untuk musim ini. Namun, apa yang penting adalah kita perlu memanfaatkan peluang yang dalam perlawanan untuk dapatkan satu keputusan yang terbaik,"

"Mereka juga mempunyai serang balas merbahaya daripada Bruno Suzuki terutamanya. Jadi, barisan pertahanan perlu lebih fokus dan bersedia daripada transisi menyerang dan bertahan. Saya yakin pasukan sudah belajar daripada perlawanan sebelum ini," kata Tan Cheng Hoe.

Beliau juga menyatakan sedang menantikan kata putus daripada Doktor Pasukan tentang keberadaan Boakye-Yiadom untuk dimainkan selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan menentang Johor DT minggu lalu.

Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan akan memberikan saingan yang hebat dalam perlawanan pertama pusingan ke-16 esok. Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!

phone