Berita SFC Previu Perlawanan R16-2 | Selangor FC vs PDRM FC | Fokus Untuk 90 Minit Seterusnya

FirstTeam | MalaysiaCup2023 | 18 AUG 2023 | FAS

Previu Perlawanan R16-2 | Selangor FC vs PDRM FC | Fokus Untuk 90 Minit Seterusnya

news-picture

Selangor FC akan bertemu PDRM FC sebagai tuan rumah untuk pusingan kedua Round 16 Piala Malaysia di Stadium MBPJ, Kelana Jaya esok (19 Ogos) pada jam 5:30 petang.

Skuad Gergasi Merah berjaya menjaringkan empat gol dalam pusingan pertama, klik untuk baca review perlawanan perlawanan sebelum ini.

Menurut Tan Cheng Hoe, Ketua Jurulatih Selangor FC, pemain-pemain perlu fokus untuk 90 minit seterusnya untuk menjaminkan pasukan layak ke pusingan seterusnya.

“Latihan berjalan seperti biasa dan kita perlukan persiapan terbaik untuk menentang PDRM esok. Walaupun kita mempunyai kelebihan empat jaringan gol tetapi itu tidak memberi jaminan yang pasukan layak ke pusingan seterusnya,”

“Pasukan tidak boleh memandang rendah dengan kekuatan yang mereka miliki kerena mereka pernah menang ke atas kita. Kita perlu fokus dan membuat pesiapan teliti untuk menentang PDRM,” tegas Tan Cheng Hoe.

Bagi keberadaan pemain, Tan Cheng Hoe berkata, “Barisan perubatan pasukan menyatakan Noor sudah hampir pulih dan pemain-pemain lain pula berada dalam tahap terbaik untuk menghadapi pusingan kedua Suku Akhir Piala Malaysia esok.”

Selangor FC mendoakan kejayaan pasukan. Ayuh, mara ke pusingan seterusnya Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!

phone