Berita SFC Reviu Perlawanan FA SF | Johor Darul Ta'zim FC 4-0 Selangor FC | Saingan Piala FA Kita Berakhir Di Sini

FirstTeam | PialaFA2023 | 27 JUN 2023 | FAS

Reviu Perlawanan FA SF | Johor Darul Ta'zim FC 4-0 Selangor FC | Saingan Piala FA Kita Berakhir Di Sini

news-picture

Selangor FC terpaksa akur tidak berjaya mara ke pusingan Akhir Piala FA selepas Johor DT FC menjaringkan 4-0 semalam di Stadium Sultan Ibrahim.

Statistik perlawanan melihat 47% penguasaan bola, 12 percubaan, 7 percubaan tepat ke arah gawang dan 8 sepakan penjuru. Khairulazhan telah menidakkan 3 gol daripada 7 percubaan pasukan lawan.

Menurut Tan Cheng Hoe, Ketua Jurulatih Selangor FC merasakan pasukan beraksi dengan baik namun akur dengan kekalahan semalam.

“Seperti yang saya beritahu, Johor DT adalah pasukan yang cukup kuat terutamanya dari segi transisi bertahan sehingga menyerang. Sedikit kesilapan dari pertahanan, kita bolos gol pertama terlalu awal. Ia telah mengubah moral pasukan sedikit dan menyukarkan kita untuk beraksi dengan dua pertukaran awal. Kita perlu ada watak yang kuat untuk bersaing dengan mereka.

“Secara keseluruhan, saya lihat pasukan sudah beraksi dengan baik tetapi sedikit kesilapan merubah segalanya. Kita kena belajar daripada kesilapan dan berikan tumpuan seterusnya dalam saingan Liga Super. Kita harus bekerja keras untuk mampu bersaing dengan mereka untuk perlawanan seterusnya nanti,” jelas Tan Cheng Hoe.

Pihak pengurusan berharap pasukan akan bangkit untuk teruskan perjuangan dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia yang akan bermula bulan Ogos ini.

Tidak lupa juga, Selangor FC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang telah menyokong Gergasi Merah di Johor dan juga para penyokong yang hadir memeriahkan majlis ‘Watch Party’ di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan SACC Mall. Sokongan anda amat kami hargai.

Demi Kebanggaan!

phone