Berita SFC Reviu Perlawanan LS15 | Selangor FC vs Kuching City FC | 3 Mata Dikutip di Stadium MBPJ!

FirstTeam | LigaSuper2023 | 04 JUL 2023 | FAS

Reviu Perlawanan LS15 | Selangor FC vs Kuching City FC | 3 Mata Dikutip di Stadium MBPJ!

news-picture

Skuad Selangor FC meraih tiga mata penuh menentang Kuching City FC dalam perlawanan Liga Super 2023 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya dengan keputusan 2-1 semalam.

Menurut Tan Cheng Hoe, Ketua Jurulatih Selangor FC, gembira dalam mengekalkan kedudukan terbaik dalam Liga Super setakat ini.

“Kita dapat tiga mata yang penting untuk terus berada di kedudukan terbaik dalam liga. Walau bagaimanapun, kita boleh lihat, setelah dibolosi gol, pemain-pemain agak kecewa dengan keputusan tersebut.

Dalam perlawanan semalam, saya terpaksa membawa keluar Ayron kerana beliau mengalami kecederaan di bahagian kukunya. Ini sedikit sebanyak menjejaskan bahagian kombinasi serangan yang telah dirancang. Walau bagaimanapun, kita boleh lihat pemain-pemain dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut, situasi ini memang suatu yang sangat baik untuk pasukan,” jelas Tan Cheng Hoe

Daripada perlawanan #SELKUC semalam, beberapa perkara penting dapat dilihat, seperti:-

Samuel Somerville menunjukkan kebolehannya

Perlawanan #SELKUC menjadi perlawanan ketiga beliau Liga Super 2023. Beliau telah beraksi dengan cemerlang. Beberapa kali beliau menyelamatkan gawang Selangor FC daripada dibolosi.

Yohandry Orozco menambah jaringan gol beliau musim ini

Pemain tengah import Selangor FC, Orozco telah menjaringkan gol kedua beliau dalam Liga Super menjadikan gol keempat beliau bersama pasukan.

Pihak pengurusan berharap pasukan akan terus mempamerkan aksi terbaik untuk perlawanan-perlawanan seterusnya. Teruskan perjuangan, Gergasi Merah!

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong Selangor FC yang hadir ke Stadium MBPJ untuk berikan sokongan padu anda kepada pasukan biarpun pada hari bekerja. Kami hargai pengorbanan anda.

Demi Kebanggaan!

phone