Berita SFC Reviu Perlawanan LS16 | Sri Pahang FC vs Selangor FC | Fokus Diteruskan Kepada Penang FC

FirstTeam | PialaMalaysia2023 | 10 JUL 2023 | FAS

Reviu Perlawanan LS16 | Sri Pahang FC vs Selangor FC | Fokus Diteruskan Kepada Penang FC

news-picture

Perlawanan semalam berakhir dengan kekalahan 1-0 menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur.

Statistik perlawanan melihat 63% penguasaan bola, 13 percubaan, 5 percubaan tepat ke arah gawang dan 7 sepakan penjuru.

Menurut Tan Cheng Hoe, Ketua Jurulatih Selangor FC yakin pemain akan bangkit walaupun sukar menerima kekalahan perlawanan semalam.

“Separuh masa pertama kita mendominasi perlawanan dan mencipta peluang-peluang yang sangat berharga namun lumrah bola sepak, jika tidak mengambil kesempatan tersebut kita akan dihukum oleh pihak lawan. Sebenarnya sukar untuk kita terima hakikat bila ada peluang untuk menjaringkan gol tetapi tidak dimanfaatkan dengan baik,”

“Walau bagaimanapun, kami barisan jurulatih masih lagi yakin dengan kemampuan setiap pemain untuk menghadapi saingan Liga Super pusingan kedua ini,”

Selangor FC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang telah menyokong pasukan di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Kami hargai sokongan anda.

Pihak pengurusan mahu pasukan bangkit untuk teruskan perjuangan dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia yang akan bermula bulan Ogos ini. Kami sentiasa berada di belakang Gergasi Merah.

Demi Kebanggaan!

phone