Berita SFC Reviu Perlawanan LS20 | Negeri Sembilan FC 0-4 Selangor FC | Kami Tawan Paroi

FirstTeam | LigaSuper2023 | 15 AUG 2023 | FAS

Reviu Perlawanan LS20 | Negeri Sembilan FC 0-4 Selangor FC | Kami Tawan Paroi

news-picture

Selangor FC membawa pulang tiga mata penuh untuk perlawanan Liga Super ke-20 selepas meraih kemenangan 4-0 menewaskan Negeri Sembilan FC semalam di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Statistik perlawanan melihat 65% penguasaan bola, 14 percubaan, 6 percubaan tepat ke arah gawang dan 5 sepakan penjuru. Gol pertama Selangor FC telah dijaringkan oleh penyerang import baharu, Boakye-Yiadom pada minit ke-27 perlawanan. Kemudian, tiga jaringan seterusnya berlaku dalam separuh masa kedua dimana Ayron Del Valle meledak gol pada minit ke-59, diikuti Yohandry Orozco pada minit ke-75 dan jaringan terakhir dijaringkan oleh pertahanan tengah muda pasukan, Harith Haiqal pada minit ke-83 aksi #NSESEL.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, puji persembahan yang dipamerkan oleh pemain skuad Selangor FC dalam masa yang sama menganggap perlawanan semalam mendebarkan.

"Saya tidak menganggap ini satu perlawanan yang mudah untuk kamu bahkan ia agak sukar kerana pemain perlu sentiasa bersedia dengan serangan balas mereka daripada minit awal sampai tamat perlawanan. Kita tahu itulah kelebihan pasukan Negeri Sembilan dan setiap percubaan mereka semalam agak merbahaya,"

"Walau bagaimanapun, semalam merupakan satu persembahan yang terbaik daripada setiap pemain dalam padang. Sebelum jaringan gol, secaranya jujurnya kami agak bedebar juga kerana kami nyaris-nyaris dibolosi gol tetapi pemain Selangor FC dapat menyelamatkan keadaan tersebut dengan baik dan membawa pulang tiga mata penting yang akan membantu pasukan untuk terus berada di kedudukan terbaik," tegas Tan Cheng Hoe.

Daripada perlawanan #NSESEL semalam, beberapa perkara penting dapat dilihat, seperti:-

Yohandry Orozco Pemain Terbaik Pasukan #NSESEL

Pemegang jersi nombor 16 Selangor FC telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan #NSESEL semalam selepas mempamerkan aksi cemerlang beliau bersama rakan sepasukan serta berjaya menjaringkan satu gol dan telah mencatat 'assist' untuk gol Baokye-Yiadom dan sepakan percuma beliau telah disudahkan oleh Harith Haiqal dengan jaringan gol. Menurut data statistik, Orozco telah membuat ketepatan hantaran sebanyak 85 peratus dan hantaran ke kotak penalti beliau sebanyak 75 peratus dalam perlawanan semalam.

Cleansheet ke-10 Selangor FC

Barisan pertahanan, Yazan Al-Arab, Harith Haiqal, Quentin Cheng dan Fazly Mazlan telah menjaga kubu Gergasi Merah daripada serangan-serangan balas pasukan lawan serta penjaga gawang Gergasi Merah, Samuel Somerviile telah memastikan Selangor FC telah menidakkan 6 percubaan dan memastikan skuad Merah Kuning menang tanpa bolos.

Jaringan kedua Liga Super Boakye-Yiadom

Penyerang import baharu, Boakye-Yiadom berjaya menjaringkan gol kedua beliau bersama Selangor FC dalam saingan Liga Super selepas meledak gol pertama untuk skuad Gergasi Merah semalam pada minit ke-27 perlawanan.

"Boakye telah memberi sumbangan yang besar untuk pasukan. Bukan mudah untuk beliau menyesuaikan diri dengan pasukan tetapi beliau merupakan seorang pemain yang sentiasa bekerja keras untuk berada di tahap terbaik untuk Selangor FC," Jelas Tan Cheng Hoe, Ketua Jurulatih Merah Kuning.

Debut Pemain Selangor B23

Muhammad, pemain Selangor B23 yang berusia 18 tahun telah membuat penampilan Liga Super pertama beliau bersama skuad senior Gergasi Merah pada minit ke-85 perlawanan menggantikan Kapten pasukan, Brendan Gan. Beliau merupakan antara tonggak pasukan Merah Kuning B23 musim ini, beraksi dengan baik di bahagian Defensive Midfielder serta membantu pasukan kedua Selangor FC mara ke Liga Juara baru-baru ini.

Pihak pengurusan amat berbangga dengan persembahan yang dipamerkan oleh pasukan dalam perlawanan #NSESEL semalam. Semoga pasukan terus mendapatkan tiga mata seterusnya dalam baki lima perlawanan bagi mengekalkan kedudukan terbaik dalam Liga Super 2023.

Demi Kebanggaan!

phone