Berita SFC Reviu Perlawanan LS21 | Kelantan FC 2-11 Selangor FC | Kemenangan Terbesar Musim Ini

FirstTeam | LigaSuper2023 | 26 AUG 2023 | FAS

Reviu Perlawanan LS21 | Kelantan FC 2-11 Selangor FC | Kemenangan Terbesar Musim Ini

news-picture

Selangor FC membawa pulang tiga mata penting dalam perlawanan Liga Super 2023 selepas meraih kemenangan 11-2 menewaskan Kelantan FC semalam di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu.

Statistik perlawanan melihat 55% penguasaan bola, 28 percubaan, 16 percubaan tepat ke arah gawang dan 7 sepakan penjuru.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, tarik nafas lega melihat semangat juang pemain-pemain setelah dibolosi dua gol dalam separuh masa pertama.

“Kita nampak pemain menunjukkan satu sikap yang terbaik setelah kita dibolosi dua gol jaringan awal kerana ia memberikan kebimbangan dan pada masa itu kita tidak mengawal keadaan dengan baik,” tambahnya

“Atas reaksi cepat pemain untuk menyamai kedudukan, kemudian kita semakin yakin untuk menjaringkan gol-gol seterusnya. Kita tidak boleh menganggap pasukan Kelantan pasukan tercorot dan mentaliti kena sentiasa untuk mendapatkan kemenangan," tegas beliau

“Saya tidak jangka satu kemenangan besar tetapi atas usaha yang ditunjukkan dan bermain sebagai satu pasukan memang kami perlukan kedudukan terbaik ini,” lega Tan Cheng Hoe

Daripada perlawanan #KELSEL semalam, beberapa perkara penting dapat dilihat, seperti:-

Jaringan Hatrik Penyerang Gergasi Merah

Hatrik kedua Ayron Del Valle di Stadium Sultan Muhammad ke-IV

Terus meledak gol untuk Selangor FC, Ayron telah menjaringkan empat gol dalam perlawanan #KELSEL semalam pada minit ke 41, 44, 63 dan 87 perlawanan sekali gus menjadikan hatrik kedua beliau di Kota Bharu dalam saingan Liga Super 2023. Empat jaringan tersebut meletakab Ayron sebagai penjaring terbanyak Liga Super setakat ini. Ayron menyifatkan kemenangan serta empat jaringan beliau adalah daripada hasil kerja keras berlarih hari-hari bersama rakan sepasukannya.

Hatrik pertama Boakye-Yaidom

Penyerang baharu Selangor FC yang menyertai pasukan di pertengahan musim semakin mendapat rentaknya. Boakye berjaya meledak gol pada minit ke 48, 78 dan 86 serta mencatat dua ‘assist’ kepada dua jaringan Ayron Del Valle sebelum perlawanan tamat. Ini menjadikan gol ke lima beliau bersama skuad Gergasi Merah.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe menyatakan “Bukan mudah untuk Boakye menunjukkan persembahan terbaiknya di awal musim tetapi kita dapat lihat pada malam ini beliau mempamerkan aksi yang terbaik untuk pasukan. Apa yang penting beliau sentiasa bekerja keras bagi menambah baik dari segi persefahaman bersama rakan sepasukan,”

Faisal Halim kembali menambah sengat pasukan

Ketiadaan pemain tempatan sayap, Faisal Halim sedikit sebanyak amat dirasai oleh pasukan serta penyokong Gergasi Merah. Faisal akhirnya kembali beraksi bersama rakan sepasukan di Liga Malaysia setelah beliau digantung perlawanan selama sebulan. Cekal menghadapi dugaan, beliau sentiasa memastikan dirinya berada di tahap yang terbaik untuk beraksi. Sebaik sahaja kemasukan beliau, Faisal tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol dua jaringan berturut-turut pada minit ke 50 dan 53.

Kapten pasukan menambah jumlah assist peribadinya

Brendan Gan berjaya mencatat namanya sebagai assist untuk lima gol rakan sepasukannya dalam perlawanan semalam. Lima gol tersebut adalah gol Ayron Del Valle minit ke 41, dua jaringan gol Faisal Halim minit ke 50 dan 53, serta dua jaringan gol Boakye-Yidom pada minit ke 48 dan 86. Secara keseluruhan, Brendan telah mencatat lapan assist untuk Selangor FC setakat ini.

Pemain pertahanan Selangor B23 membuat penampilan sulung bersama skuad senior Gergasi Merah

Faiz Amer, antara pemain tonggak dan juga kapten pasukan Selangor B23 telah dimasukan pada minit ke-70 perlawanan menggantikan Quentin Cheng di bahagian kanan pertahanan. Faiz telah bersama kelab Gergasi Merah sejak musim 2021 bersama skuad Selangor 2. juga merupakan antara pemain pertahanan yang telah membantu pasukan muda negara menjulang trofi Piala AFF B19 pada tahun 2022.

Pihak pengurusan mengucapkan tahniah diucapkan kepada pasukan kerana telah dinobatkan sebagai Man of The Match atas kerjasama yang cemerlang dalam perlawanan semalam. Semoga pemain terus konsisten dengan aksi terbaik untuk perlawanan sketerusnya.

Demi Kebanggaan!

phone