Berita SFC Match Reviu LS22 | Terengganu FC 0-4 Selangor FC | 3 Mata Penting Berjaya Diraih

FirstTeam | LigaSuper2023 | 30 SEP 2023 | FAS

Match Reviu LS22 | Terengganu FC 0-4 Selangor FC | 3 Mata Penting Berjaya Diraih

news-picture

Selangor FC berjaya membawa pulang tiga mata penting untuk perlawanan ke-22 Liga Super menentang Terengganu FC semalam di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dengan keputusan 4-0.

Skuad Gergasi Merah beraksi dengan penuh yakin sebaik sahaja Yohandry Orozco menjaringkan dua gol awal perlawanan #TERSEL semalam pada minit ke-26 dan minit ke-41. Kemudian, di separuh masa kedua, Faisal Halim meledak jaringan ketiga pada minit ke-52 dan gol terakhir dijaringkan oleh pemain muda Selangor FC, Izwan Yuslan pada minit ke-81. Pasukan berjaya menamatkan perlawanan dengan kemenangan tanpa bolos buat pertama kali di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Tan Cheng Hoe, Ketua Jurulatih Gergasi Merah amat kagum dengan karakter yang ditunjukkan oleh pemain-pemain untuk mendapatkan kemenangan selasa dalam perlawanan semalam.

“Secara keseluruhan, kita bangkit dengan satu jaringan awal. Itu sedikit sebanyak memberi kita keyakinan untuk kita terus mendapatkan kemenangan semalam. Kita tahu bukan mudah untuk bermain dengan Terengganu, dalam dua minggu tiga kali bertemu mereka. Dengan keadaan mereka yang meningkat naik. Walau bagaimanapun, keyakinan pemain-pemain nampak sangat berbeza walaupun pasukan agak tertekan kerana mahukan kemenangan tetapi mereka telah menunjukkan karakter yang terbaik malam semalam,” puji Tan Cheng Hoe.

Daripada perlawanan #TERSEL semalam, beberapa perkara penting dapat dilihat, seperti:-

Yohandry Orozco menjadi wira aksi #TERSEL

Orozco telah membuktikan kelebihan yang dimiliki beliau sekali lagi dalam perlawanan semalam. Kedua-dua jaringan beliau pada minit ke-26 dan ke-41 telah telah meletakan kelegaan kepada rakan sepasukan serta meningkatkan motivasi pasukan ketika itu. Untuk rekod, Orozco telah menjaringkan 10 gol bersama Selangor FC sepanjang musim ini dan beliau merupakan satu-satunya pemain import yang berjaya membuka akaun jaringan dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Gol kedua pemain muda Selangor FC

Izwan Yuslan telah menjaringkan gol terakhir skuad Gergasi Merah semalam pada minit ke-81 sebaik sahaja beliau dimasukan. Ini merupakan gol kedua bersama pasukan senior musim 2023.

Clean sheet kelapan dalam saingan Liga Super 2023

Barisan pertahanan, Safuwan Baharudin, Sharul Nazeem, Ruventhiran, Quentin Cheng dan Harith Haiqal serta penjaga gol perlawanan #TERSEL, Samuel Somerville telah menambah jumlah clean sheet skuad Gergasi Merah untuk musim ini. Mereka telah beraksi dengan cemerlang dalam mempertahankan gawang daripada dibolosi sebarang gol.

Pihak pengurusan berterima kasih atas sokongan padu daripada penyokong-penyokong Selangor FC yang bersama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam.

Pihak pengurusan juga berharap pasukan akan terus kekalkan momentum persembahan baik ini dalam beberapa baki perlawanan musim 2023 untuk mengekalkan kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super.

Demi Kebanggaan!

phone