Berita SFC Reviu Perlawanan LS25 | Kedah Darul Aman FC 0-1 Selangor FC | Tempat Liga Juara-Juara AFC 2 Dijamin!

FIRST TEAM | LIGA SUPER 2023 | 04 DEC 2023 | FAS

Reviu Perlawanan LS25 | Kedah Darul Aman FC 0-1 Selangor FC | Tempat Liga Juara-Juara AFC 2 Dijamin!

news-picture

Selangor FC mengesahkan tiket ke Liga Juara-Juara AFC 2 selepas berjaya mengekalkan kedudukan di tempat kedua saingan Liga Super 2023 dengan tiga mata yang diperoleh semalam dalam perlawanan #KDASEL.

Satu jaringan gol pada minit ke-63 hasil ‘crossing’ yang cukup baik daripada Brendan Gan dan disudahkan oleh penjaring gol terbanyak Gergasi Merah, Ayron Del Valle, memisahkan kedudukan tempat kedua saingan Liga Super 2023 dengan keputusan perlawanan 1-0.

Menurut Tan Cheng Hoe, Ketua Jurulatih Selangor FC, menyifatkan ini kenangan paling manis sepanjang perjalanan beliau sebagai ketua jurulatih di kem Gergasi Merah.

“Tahniah kepada pasukan atas kejayaan kita ini. Daripada awal musim semua bekerja keras untuk capai sasaran tersebut. Walau bagaimanapun, perjalanan kita masih jauh, kita perlu konsisten dan mempamerkan prestasi yang terbaik dalam setiap perlawanan selepas ini.

“Mungkin pada awal musim pemain-pemain agak sukar untuk faham cara saya tetapi mereka telah berikan komitmen yang baik untuk menyesuaikan diri dan bersama-sama menjayakan sasaran yang diletakkan, itu menjadi kenangan manis untuk saya,” kata beliau

Daripada perlawanan #KDASEL semalam, beberapa perkara penting dapat dilihat, seperti:-

Aksi terbaik Samuel Somerville

Minit awal perlawanan #KDASEL Samuel Somerville telah menunjukkan aksi cemerlang beliau dengan menyelamatkan gawang Gergasi Merah sehingga tamat perlawanan. Percubaan demi percubaan berjaya digugurkan oleh beliau. Ini sekaligus menjadikan beliau pilihan Man of The Match Selangor FC dalam aksi #KDASEL saingan Liga Super 2023 kali ini.

Barisan pertahanan mematahkan serangan Sang Kenari dengan cemerlang

Sharul Nazeem, Quentin Cheng, Fazly Mazlan, dan terutamanya Safuwan Baharudin telah mempertahankan benteng pertahanan Merah Kuning dengan cukup ‘solid’ dalam aksi tiga mata penting ini. Mereka telah mematahkan percubaan-percubaan bahaya daripada Kedah Darul Aman FC daripada awal hingga tamat perlawanan.

‘Game Changer’ perlawanan #KDASEL

Tak lain tak bukan, Brendan Gan, kapten pasukan, telah dimasukan pada separuh masa kedua bagi membantu barisan pertahanan namun naluri beliau dalam menghasilkan bantuan-bantuan gol yang baik telah menjadikan beliau sebagai wira sebenar dalam aksi ini. Menurut Tan Cheng Hoe, “Kita tahu Brendan Gan boleh bermain di pelbagai posisi, kemasukan beliau memberi tenaga kepada pasukan. Kita tahu komitmen yang beliau berikan sangat tinggi, dari situlah terhasilnya hantaran gol yang membawa kemenangan kepada pasukan,”

Walau bagaimanapun, kejayaan perlawanan #KDASEL merupakan hasil kerjasama barisan jurulatih, pegawai, pemain termasuklah para penyokong. Tiada yang terkecuali. Terima kasih semua.

Selangor FC, kita ke Asia!

Demi Kebanggaan.

phone