Berita SFC Reviu Perlawanan LS26 | Selangor FC 3-1 PDRM FC | Penutup Tirai Musim #LigaSuper2023 Diakhiri Dengan Kemenangan

FIRST TEAM | LIGA SUPER 2023 | 18 DEC 2023 | FAS

Reviu Perlawanan LS26 | Selangor FC 3-1 PDRM FC | Penutup Tirai Musim #LigaSuper2023 Diakhiri Dengan Kemenangan

news-picture

Selangor FC menamatkan saingan Liga Super juga musim 2023 dengan kemenangan 3-1 atas PDRM FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya semalam.

Menurut Tan Cheng Hoe, Ketua Jurulatih Selangor FC, menekankan bahawa kejayaan pasukan musim ini adalah hasil kerjasama semua pihak bukan individu tertentu.

"Kalau kita lihat, semalam merupakan satu perlawanan yang begitu sengit. Apa yang penting adalah pemain-pemain telah berikan fokus yang baik untuk mendapatkan kemenangan terakhir untuk musim 2023.

"Secara keseluruhan sebagai jurulatih, saya boleh nampak pemain-pemain dapat mengekalkan hubungan yang baik di dalam dan luar padang sepanjang musim ini. Mereka telah bekerja keras dalam berikan komitmen yang terbaik semasa latihan dan perlawanan untuk mencapai kejayaan ini. Selain itu, hubungan baik di kalangan pemain nampak begitu positif, ini menunjukan kejayaan pasukan bukan datang daripada individual tetapi hasil kerjasama sesama pasukan,"

Daripada perlawanan #SELPDRM semalam, beberapa perkara penting dapat dilihat, seperti:-

Faisal Halim kekal sebagai penjaring terbanyak tempatan Selangor FC

Satu musim bersama Gergasi Merah, Faisal Halim, pemain sayap pasukan telah menjaringkan gol sulung dalam perlawanan #SELPDRM semalam pada minit ke-36, sekaligus menambah jumlah jaringan saingan Liga Super beliau menjadi 12 gol. Secara keseluruhan, Faisal telah menjaringkan 13 gol termasuk satu daripada saingan Piala FA. Beliau merupakan pemain kedua terbanyak menjaringkan gol musim ini selepas Ayron Del Valle. Menjadikan beliau penyerang tempatan terbanyak 2023 di di kem Merah Kuning.

Gandingan muda Sharul Nazeem dan Harith Haiqal dipuji

Beberapa pertukaran dilakukan dalam perlawanan #SELPDRM semalam dalam separuh masa kedua antaranya kemasukan Harith Haiqal menggantikan Safuwan Baharudin di posisi bek tengah. Gandingan Sharul Nazeem dan Harith Haiqal bukan satu perkara yang baharu dalam kem Merah Kuning. Kedua-dua mereka telah digandingkan sejak musim 2020 bersama skuad Selangor 2. Tan Cheng Hoe, ketua jurulatih, memuji persembahan yang telah dipamerkan mereka, "Harith Haiqal dan Sharul Nazeem telah beraksi dengan begitu baik walaupun dibawah tekanan yang tinggi mereka mampu menyerap tekanan daripada pihak lawan. Saya berharap pengalaman ini akan mematang mereka di masa akan datang,".

#MOTM jatuh kepada penyokong Selangor FC

Seramai 10,077 penyokong telah hadir memenuhkan Stadium MBPJ bagi memeriahkan perlawanan akhir musim 2023. Kemeriahan perlawanan semalam amat dirasai selaras dengan pencapaian pasukan yang layak ke peringkat Asia musim hadapan. Terima kasih pihak pengurusan ucapkan atas sokongan padu yang diberikan kepada pasukan dari perlawanan pertama sehingga malam tadi. Tanpa sokongan anda semua, pasukan tidak akan mampu mencapai kejayaan pada hari ini.

Jumpa anda di musim hadapan Red Giants!

Demi Kebanggaan!

phone