Berita SFC Reviu Perlawanan PM QF1 | Terengganu FC 2-0 Selangor FC | Bangkit Semula Dalam Perlawanan Timbal Balik

FirstTeam | PialaMalaysia | 17 SEP 2023 | FAS

Reviu Perlawanan PM QF1 | Terengganu FC 2-0 Selangor FC | Bangkit Semula Dalam Perlawanan Timbal Balik

news-picture

Perlawanan Suku Akhir pusingan pertama Piala Malaysia 2023 di antara Selangor FC dan Terengganu FC berakhir dengan keputusan 0-2 berpihak kepada pasukan tuan rumah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak semalam.

Skuad Selangor FC telah mempamerkan aksi yang lebih menarik di separuh masa kedua berbanding separuh masa pertama sepanjang 90 minit perlawanan semalam. Sebaik sahaja beberapa pertukaran dilakukan oleh Ketua Jurulatih Selangor FC, kemasukan Noor Al-Rawabdeh dan Yohandry Orozco dilihat telah memberi impak yang tinggi, membantu pasukan beraksi dengan lebih baik biarpun keputusan berakhir dengan kekalahan.

Akur dengan keputusan tersebut, menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, beliau sedikit terkilan tetapi akan menyediakan pasukan untuk bersedia di pusingan kedua nanti.

"Kita dapat lihat di separuh masa pertama, kita kurang mengawal perlawanan dan ia sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan pasukan. Walau bagaimanapun, setelah tiga pertukaran dalam separuh masa kedua kita dapat satu rentak permainan yang lebih baik tetapi kita agak terkilan kerana tidak dapat menjaringkan sebarang gol,"

"Minggu hadapan kita perlu lebih bekerja keras untuk membuat persiapan yang terbaik untuk menentang Terengganu FC di Stadium MBPJ. Kita harap perlawanan pada malam ini menjadi satu pengajaran yang besar kepada pasukan untuk bersedia perlawanan timbal balik. Kita perlu bersedia untuk menghadapi apa sahaja situasi yang akan datang," Tan Cheng Hoe

Pihak pengurusan berharap pasukan akan bangkit di pusingan kedua perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia 2023 bagi mendapatkan kemenangan bagi memastikan Selangor FC mara ke pusingan seterusnya dalam saingan ini.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong-penyokong Selangor FC yang berada di belakang pasukan sepanjang perlawanan semalam. Jasa anda ke negeri Terengganu untuk menyokong pasukan amat kami hargai.

Demi Kebanggaan!

phone