Berita SFC Reviu Perlawanan PM QF2 | Selangor FC 1-1 Terengganu FC | Perjalanan Piala Malaysia 2023 Berakhir Di Pusingan Suku Akhir

FirstTeam | PialaMalaysia | 25 SEP 2023 | FAS

Reviu Perlawanan PM QF2 | Selangor FC 1-1 Terengganu FC | Perjalanan Piala Malaysia 2023 Berakhir Di Pusingan Suku Akhir

news-picture

Skuad Selangor FC tidak dapat meneruskan perjuangan Piala Malaysia 2023 setelah perlawanan Suku Akhir pusingan kedua semalam berakhir dengan keputusan agregat Selangor 1-3 Terengganu.

Skuad Selangor FC telah berikan segalanya untuk mendapatkan kemenangan namun terpaksa akur dengan satu gol yang dijaringkan oleh Safuwan Baharuddin pada minit ke-69 perlawanan semalam. Asakan demi asakan telah dilakukan oleh pasukan. Tidak lupa juga, pasukan sudah sedaya upaya mempertahankan kubu gawang daripada dibolosi namun jaringan penalti memisahkan lagi jurang gol di antara #SELTER.

Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, mahu pasukan jadikan perlawanan semalam sebagai satu pengajaran.

"Sebelum perlawanan #SELTER, pasukan agak tertekan dengan keadaan kita telah dibolosi 2-0 Terengganu tempoh hari di Gong Badak. Walau bagaimanapun, bagi saya, secara keseluruhannya kita beraksi dengan baik semalam. Terutama sekali di separuh masa kedua, kita dapat menguasai perlawanan dan dapat mencipta banyak peluang. Hasilnya, kita dapat menjaringkan satu gol pada minit ke-69. Kita sepatutnya berjaya menjaringkan lebih banyak gol namun kita harus akur dengan keputusan perlawanan ini,"

"Saya secara jujurnya berpuas hati dengan komitmen yang dipamerkan pemain-pemain sehingga tamat perlawanan. Dalam bola sepak, dengan keadaan pasukan yang tertekan untuk mendapatkan kemenangan, kita seharusnya kawal perlawanan dengan baik. Ini adalah satu pengajaran buat pasukan," Tan Cheng Hoe

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih 10,737 penyokong yang menghadiri serta memerahkan Stadium MBPJ semalam. Kehadiran serta sorakan anda amat kami hargai.

Pihak pengurusan berharap pasukan akan mengambil pengajaran dan bangkit untuk baki perlawanan Liga Super 2023 bagi mengekalkan kedudukan pasukan di tempat kedua liga. Kami semua berada di belakang anda! Ayuh, Gergasi Merah.

Demi Kebanggaan!

phone