Berita SFC Reviu Perlawanan R16-1 | PDRM FC 1-4 Selangor FC | Kekal Fokus untuk Perlawanan Timbal Balik

FirstTeam | PialaMalaysia2023 | 04 AUG 2023 | FAS

Reviu Perlawanan R16-1 | PDRM FC 1-4 Selangor FC | Kekal Fokus untuk Perlawanan Timbal Balik

news-picture

Selangor FC meraih kemenangan 4-1 menewaskan PDRM FC dalam perlawanan pertama Piala Malaysia pusingan ke-16 semalam di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Kebangkitkan empat jaringan gol dalam separuh masa kedua telah membantu skuaf Gergasi Merah memenangi perlawanan semalam. Biarpun ketinggalakn 0-1 di separuh masa pertama, kesungguhan yang dipamerkan oleh para pemain telah membuahkan hasil setelah Ayron Del Valle menjaringkan dua gol berturut-turut pada minit ke-57 dan 64. Kemudian, Harith Haiqal, pertahanan muda pasukan menanduk masuk bola pada minit ke-74 dan Yohandry Orozco menjaringkan gol terakhir pada minit ke 90+1 sebelum pengadil meniupkan wisel tamat perlawanan.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, mahu pasukan terus kekal fokus untuk perlawanan kedua Piala Malaysia kerana apa sahaja boleh terjadi.

"Dalam separuh masa pertama kita agak sloppy dari segi pergerakan bola disebabkan itu kita dibolosi gol. Di separuh masa kedua agak berbeza, pemain menunjukkan disiplin yang baik dan keinginan mereka untuk memenangi perlawanan ini sangat tinggi,"

"Dalam bola sepak, kemenangan di pusingan pertama tidak menjaminkan pasukan untuk mara ke peringkat seterusnya. Setiap pemain telah berikan satu sumbangan yang besar pada malam semalam. Kita perlu bersedia dengan situasi yang mungkin berbeza pada pusingan kedua serta terus kekal dengan fokus dengan prestasi mereka," tegas Tan Cheng Hoe

Daripada perlawanan #PDRMSEL semalam, beberapa perkara penting dapat dilihat, seperti:-

Dua gol pertama Ayron Del Valle dalam Piala Malaysia

Penjaring terbanyak pasukan, Ayron secara rasmi telah menjaringkan gol Piala Malaysia beliau bersama pasukan Selangor FC semalam dengan dua gol. Menjadikan jaringan keseuruhannya bersama Selangor FC setakat ini adalah 17 gol. Ayron sekali lagi membuktikan ketajaman beliau di depan gawang gol sebagai penyerang import baharu Gergasi Merah musim ini.

Harith Haiqal penjaring terbanyak dalam barisan pertahanan

Pemain muda ini membalas kepercayaan Tan Cheng Hoe, Ketua Jurulatih meletakan beliau dalam senarai kesebelasan utama dengan menjaringkan gol pertama beliau dalam saingan Piala Malaysia 2023. Ini sekaligus menjadikan beliau penjaring pemain pertahanan terbanyak dengan dua gol setakat ini diikuti Sharul Nazeem dan Yazan Al-Arab.

Membawa 4 jaringan ke perlawanan kedua Piala Malaysia pusingan ke-16

Semangat juang pemain untuk bangkit daripada ketinggalan perlu diberi pujian. Barisan pertahanan dan serangan lebih aktif sehingga mampu menidakkan serangan pihak lawan serta menjaringkan empat jaringan gol dalam 49 minit perlawanan separuh masa kedua.

Pihak pengurusan berpuas hati dengan persembahan 'comeback' yang dipamerkan oleh para pemain dalam perlawanan pertama saingan Piala Malaysia pusingan ke-16. Semoga pemain terus pamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan kedua nanti. Ayuh, Red Giants!

Demi Kebanggaan!

phone