Berita SFC Kenali Wajah-Wajah Baharu: Pasukan Wanita Selangor FC Menambah Enam Pemain untuk Liga Wanita Nasional 2023

WomensFirstTeam | LWN | 12 OCT 2023 | FAS

Kenali Wajah-Wajah Baharu: Pasukan Wanita Selangor FC Menambah Enam Pemain untuk Liga Wanita Nasional 2023

news-picture

Skuad Wanita Selangor FC telah menandatangani enam pemain baharu semasa jendela perpindahan bagi memperkuatkan pasukan untuk menghadapi pusingan kedua Liga Wanita Nasional 2023.

Enam pemain tersebut adalah Noorasyeimah Rashid, Siti Khatijah, Har Amrit Kaur, Fatihah Norhisham, Nasuha Nasha dan Nurul Nuha. Mereka adalah pemain-pemain yang mempunyai pengalaman dalam Liga Wanita yang dijalankan di dalam Malaysia. Berikut adalah sedikit perkenalan berkenaan pemain-pemain ini:-

1. Noorasyeimah Rashid

Umur: 29 tahun

Posisi: Penjaga Gol

Pengalaman: Liga Wanita KL 2023 & 2021, Liga FA Selangor 2021, VR League 2017, Piala Tun Sharifah Rodziah 2016

2. Siti Khatijah

Umur: 27 tahun

Posisi: RB/RW/LW/ST

Pengalaman: FAS Women's Super League 2023, Liga Wanita KL 2023, Liga Wanita National 2022 & FAS Women's Super League 2021

3. Har Amrit Kaur

Umur: 21 tahun

Posisi: Penyerang

Pengalaman: University Birmingham Women FC 2022

4.Fatihah Anum

Umur: 20 tahun

Posisi: Pertahanan

Pengalaman: Liga Wanita KL 2023, Selangor FC 2022, Liga FA Selangor 2021, Piala Tun Sharifah Rodziah 2018

5.Nasuha Nasha

Umur: 20 tahun

Posisi: Penyerang

Pengalaman: Liga Wanita Nasional 2022, Liga Wanita FA Selangor 2021, Piala Tun Sharifah Rodziah 2019

6. Nurul Nuha

Umur: 15 tahun

Posisi: Pemain Tengah

Pengalaman: Liga Wanita KL 2023, Liga Wanita FA Selangor 2021, Sekolah Sukan Negeri Selangor 2021-2022

Pengambilan pemain-pemain baru ini adalah rancangan barisan jurulatih untuk pasukan lebih kuat di pusingan kedua Liga Wanita Nasional 2023 menurut Ketua Jurulatih skuad Wanita Selangor FC, Rosni Abd Hamid.

"Skuad Wanita Selangor FC mengalami keadaan kehilangan beberapa pemain tonggak seperti Liyana Soberi dan Berlin Leong Xin Ying yang berhijrah ke luar negara untuk beraksi di pentas lebih besar. Dalam Masa yang sama, selepas pusingan pertama, kami barisan jurulatih merasakan beberapa pemain perlu digantikan untuk memperkuatkan lagi pasukan. Hasilnya, kami menandatangani enam pemain yang mempunyai pengalaman tersendiri dalam saingan Liga Wanita dalam Malaysia. Kami yakin mereka dapat memberikan saingan lebih tinggi dalam pasukan untuk merebut kedudukan dalam kesebelasan utama,"

"Pusingan kedua akan bermula tidak lama lagi, kehadiran mereka kami lihat akan membantu pasukan untuk memberikan saingan lebih tinggi dalam kejohanan Liga Wanita Nasional 2023. Kebanyakan mereka juga pernah beraksi dalam kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor seperti Liga Wanita Selangor yang mempunyai intensiti yang baik untuk kita mendapatkan permata-permata yang berpotensi tinggi. Saya berharap para pemain dapat berikan segalanya daripada apa yang mereka pelajari sepanjang latihan serta bersatu dalam mencari kemenangan di setiap perlawanan tanpa mengira siapa lawan," harapan Rosni Abd Hamid

Setakat ini, skuad Wanita Selangor FC berada di kedudukan tempat ke-4 dengan enam mata terkumpul daripada satu kemenangan, tiga seri dan satu perlawanan kalah. Antara pencapaian baik dalam pusingan pertama, skuad Wanita Selangor FC berjaya mencuri satu mata semasa menentang Kelantan United FC dan Sabah FC biar pun kebanyakan pemain daam pasukan adalah rata-rata berusia muda.

Pihak pengurusan Gergasi Merah berharap skuad Wanita Selangor FC akan terus berikan saingan tinggi untuk pusingan kedua kejohanan Liga Wanita Nasional 2023 serta terus beraksi dengan cemerlang bagi meningkatkan saingan dalam kancah bola sepak wanita Malaysia.

Demi Kebanggaan!

phone