Berita SFC Para Pemain Kebangsaan Kembali ke Kem Latihan Gergasi Merah

FirstTeam | NationalDuty | 22 JUN 2023 | FAS

Para Pemain Kebangsaan Kembali ke Kem Latihan Gergasi Merah

news-picture

Barisan pemain yang mewakili skuad Harimau Malaya, Faisal Halim, Mukhairi Ajmal dan Syahir Bashah manakala Yazan Al-Arab, Noor Al-Rawabdeh dan Hein Htet Aung mewakili negara masing-masing serta skuad Harimau Muda, Ruventhiran, Harith Haiqal dan Zikri Khalili telah pulang ke kem Gergasi Merah sebaik sahaja selesai menjalankan tugas mereka untuk Negara.

Skuad Selangor FC bakal berdepan pasukan Johor DT FC pada 26 Jun ini di Stadium SSI bagi perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2023.

Berbekalkan beberapa hari bagi membuat persiapan sebelum menjelang perlawanan tersebut, Tan Cheng Hoe, Ketua Jurulatih Selangor FC bersama barisan jurulatih telah menyiapkan pelan yang rapi untuk mereka yang mewakili negara bersedia dengan lebih pantas dari segi fizikal dan mental menentang seru seterusnya ini.

Mukhairi Ajmal, Kapten muda Selangor FC, mahu fokus kepada pasukan bagi menghadapi perlawanan-perlawanan seterusnya dalam Liga Malaysia.

“Alhamdulillah, selesai tanggungjawab kami bersama pasukan Negara. Sekarang fokus kami beralih kepada perlawanan-perlawanan seterusnya dalam saingan Liga Malaysia. Perjuangan bersama pasukan akan dilaksanakan dengan semangat juang yang sama seperti bersama skuad Harimau Malaya,”

“Kembali ke Selangor FC Training Centre bermaksud kami mempunyai beberapa hari sahaja lagi bagi menghadapi perlawanan menentang Johor DT FC untuk pusingan Separuh Akhir Piala FA. Jadi, kami akan manfaatkan masa yang ada dengan mengikuti jadual latihan yang telah ditetapkan oleh barisan jurulatih,” jelas Mukhairi

Selangor FC dengan gembiranya menyambut kepulangan pemain-pemain Gergasi Merah ke kem latihan Merah Kuning. Semoga dapat membuat persediaan yang cukup untuk perlawanan minggu hadapan.

Demi Kebanggaan!

phone