Berita SFC Persediaan Bermula Untuk Kelayakan Piala Asia B23 2024

Persediaan Bermula Untuk Kelayakan Piala Asia B23 2024

news-picture

Pada 30 Ogos, pasukan muda negara telah mula menjalani persiapan bagi menghadapi saingan Kumpulan H untuk Kelayakan Piala Asia B23 tahun hadapan di Thailand pada 4 September ini.

Elavarasan, pengendali skuad bawah 23 tahun negara telah memanggil enam pemain muda Selangor FC iaitu Mukhairi Ajmal, Syahir Bashah, Ruventhiran, Harith Haiqal, Zikri Khalili dan Izwan Yuslan menyertai persiapan terakhir pasukan. Dua pemain Selangor B23 juga tersenarai dalam senarai bersedia iaitu Syahmi Adib dan Muhammad Khalil.

Skuad muda negara telah diundi dalam Kumpulan H untuk Kelayakan Piala Asia B23 2024, menentang Bangladesh (6 September), Filipina (9 September) dan pasukan tuan rumah, Thailand (12 September) di Stadium Chonburi.

Sebelas pasukan juara kumpulan dalam saingan kelayakan (Kumpulan A hingga Kumpulan K) bersama-sama empat pasukan tempat kedua kumpulan terbaik dan tuan rumah, Qatar akan layak beraksi di Piala Asia B23 2024 yang akan berlangsung di Qatar, tahun depan.

Selangor FC mengucapkan selamat berjuang kepada skuad bawah 23 tahun negara untuk pusingan kelayakan ini. Semoga Malaysia layak ke Piala Asia B23 tahun hadapan!

Demi Kebanggaan!

phone