Berita SFC Kembali Dari Tugas Kebangsaan, Bersedia Untuk Perlawanan Seterusnya

FirstTeam | LigaSuper2023 | 24 NOV 2023 | FAS

Kembali Dari Tugas Kebangsaan, Bersedia Untuk Perlawanan Seterusnya

news-picture

Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 bulan November skuad Harimau Malaya berakhir dengan cemerlang dengan dua kemenangan menentang Republik Kyrgyz (4-3) dan Chinese Taipei (1-0), meletakkan Malaysia sebagai pendahulu Kumpulan D dengan enam mata terkumpul.

Enam pemain mewakili negara, Brendan Gan, Faisal Halim, Sharul Nazeem, Mukhairi Ajmal, Safuwan Baharudin (Singapura) dan Noor Al-Rawabdeh (Jordan) termasuk tujuh pemain kebangsaan bawah 23 tahun, Syahir Bashah, Harith Haiqal, Zikri Khalili, Syahmi Adib, Izwan Yuslan, Muhammad dan Aiman Hakimi telah secara rasmi melapor diri kembali ke kem Gergasi Merah hari ini di Pusat Latihan SFC.

Mukhairi Ajmal kembali ke kem Gergasi Merah dengan semangat yang positif daripada kem Kebangsaan.

"Alhamdulillah, saya kembali semula bersama pasukan setelah berakhir pusingan Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 baru-baru ini. Antara ilmu yang saya dapat pelajari daripada kem kebangsaan adalah kita perlu bermain sebagai satu pasukan dan bersatu hati dalam apa jua keadaan.

"Berlatih bersama pemain-pemain lain di kem Harimau Malaya telah berikan saya semangat untuk beraksi dengan lebih baik dalam baki perlawanan untuk musim ini. Saya harap kita dapat mempersiapkan diri dan buat yang terbaik bagi meneruskan perjuangan saingan Liga Super sehingga tamat musim ini," kata Mukhairi.

Selangor FC masih berbakikan tiga perlawanan Liga Super iaitu menentang Perak FC (25 November), Kedah Darul Aman (2 Disember) dan PDRM FC (17 Disember) sebelum kancah bola sepak Malaysia melabuhkan tirainya untuk musim ini.

Semoga pemain-pemain daripada kem Kebangsaan dapat menambah semangat pasukan daripada kemenangan yang diperoleh daripada Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 dibawa ke baki tiga perlawanan Liga Super 2023.

Demi Kebanggaan!

phone