Berita SFC SFC Menyambut Kedatangan Citadel Group Technologies Sebagai Rakan Rasmi Terkini

PARTNERS | CITADELGROUP | 24 NOV 2023 | FAS

SFC Menyambut Kedatangan Citadel Group Technologies Sebagai Rakan Rasmi Terkini

news-picture

Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) berbesar hati mengumumkan perjanjian kerjasama bersama Citadel Group Technologies hari ini bagi menandakan sesuatu peristiwa penting dalam gabungan sukan dan teknologi terkini. Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) antara kuasa besar bola sepak dan perintis teknologi yang menjanjikan revolusi daripada pengalaman peminat dan membawa Selangor FC ke era baharu dengan kehebatan digital.

Kerjasama strategik antara Selangor FC dan Citadel Group Technologies sudah bersedia untuk membentuk semula cara peminat berhubung dengan pasukan kesayangan mereka. Daripada kerjasama ini dapat menjanjikan komitmen untuk meningkatkan pengalaman peminat melalui teknologi, termasuklah memperkemaskan penjualan tiket dalam talian, melancarkan transaksi pembelian barang-barangan eksklusif dan kemaskini ruangan keahlian. Wawasan ini seiring dengan Selangor FC sebagai pasukan yang komited dalam mengharungi pembaharuan serta perubahan era digital dalam sukan bola sepak.

Dr Johan Kamal Hamidon, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, berkongsi pendapatnya tentang kerjasama ini, "Perkongsian bersama Citadel Group Teknologi mengatasi pakatan teknologi konvensional. Ia satu langkah ke arah mentakrifkan semula hubungan kami dengan para peminat. Semasa mengharungi era digital, penyokong kami akan dapat nikmati pengalaman yang lancar dan mengasyikkan, daripada membeli produk dan perkhidmatan dalam talian yang sentiasa dikemas kini mengenai berita berkaitan kelab. Citadel Group Technologies berkongsikan visi yang selaras, dan sama-sama mensasarkan untuk menetapkan standard baharu untuk penglibatan peminat dalam bola sepak,"

Turut menyatakan rasa bersyukur, Frederick Chan Kim Kooi, Pengarah Citadel Group, melahirkan rasa bebesar hati kerana terpilih sebagai rakan kongsi teknologi Selangor FC. “Dalam era di mana teknologi merupakan satu kepentingan , kami berdedikasi untuk menyediakan Selangor FC dengan penyelesaian yang melampaui daripada segalanya. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kewujudan digital dalam kelab, memastikan setiap peminat merasakan sebahagian daripada keluarga Selangor FC. Perkongsian ini menandakan sinergi antara sukan dan teknologi, dan kami sangat teruja untuk memimpin revolusi digital dalam bola sepak bersama Selangor FC,"

Kerjasama ini menandakan bukan sahaja perkongsian tetapi transformasi digital untuk Selangor FC. Sebagai sebuah kelab bola sepak dan Citadel Group Technologies memulakan perjalanan yang inovatif, peminat boleh menjangkakan gabungan teknologi dan tradisi yang lancar, membentuk masa depan di mana sempadan antara permainan dan peminatnya dapat didekatkan, serta mencipta naratif yang mendebarkan dalam gabungan bola sepak dan teknologi. Nantikan pendedahan digital yang menjanjikan untuk mentakrif semula pejuangan Selangor FC di dalam dan di luar padang.

Demi Kebanggaan!

phone