Berita SFC Selangor FC & Al Kauthar Eduqids Umum Jalin Kerjasama Untuk Bantu Kanak-Kanak

PARTNERS | AlKautharEduqids | 20 AUG 2023 | FAS

Selangor FC & Al Kauthar Eduqids Umum Jalin Kerjasama Untuk Bantu Kanak-Kanak

news-picture

SELANGOR FC & AL KAUTHAR EDUQIDS UMUM JALIN KERJASAMA UNTUK BANTU KANAK-KANAK

Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) berbesar hati mengumumkan perjanjian kerjasama bersama institusi pengajian awal, Al Kauthar Eduqids hari ini.

Sejak beroperasi pada 2013 sehingga hari ini, Tadika Al Kauthar Eduqids merupakan tadika swasta yang menawarkan program pra sekolah dalam menghafaz al-Quran bagi kanak-kanak berumur 4-6 tahun, permainan kanak-kanak bagi kanak-kanak berumur 1-3 tahun, kelas mandarin, Program Kemajuan Islam (KAFA), Program Keperluan Khas bagi kanak-kanak berumur 2-12 tahun serta pelbagai lagi.

Kerjasama ini bakal menyaksikan Al Kauthar Eduqids menyumbang sejumlah wang tunai sebagai tajaan kepada pasukan Selangor FC yang bersaing dalam Liga Malaysia pada musim 2023 dan musim 2024. Usaha ini akan memperlihatkan penggunaan logo Al Kauthar Eduqids pada laman web rasmi SFC dan di stadium pada hari perlawanan, selain digunakan dalam beberapa aset digital dan platform media sosial SFC sebagai rakan rasmi Gergasi Merah.

Menurut Pegawai Eksekutif Al Kauthar Eduqids Sdn Bhd, Dato’ Bakhtiar Aliff Bin Ibrahim berkata "Kerjasama strategik ini bakal membuahkan hasil menang-menang kepada kedua belah pihak. Kerjasama ini juga dilihat dapat membantu dalam memberi impak kepada pendidikan awal kanak-kanak dari segi program-program dan perancangan yang bakal diadakan kelak," ujar beliau.

Dalam masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon turut menzahirkan rasa gembira dan bersyukur beliau di atas kerjasama ini. "Kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran syarikat tempatan mahupun antarabangsa untuk bekerjasama bersama kami. Sejajar dengan matlamat SFC iaitu 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' kami teruja kerana berkongsi misi dan visi yang sama, iaitu memartabatkan imej bola sepak negeri Selangor melalui pembangunan pendidikan asas yang kukuh," kata Dr. Johan.

"Saya berharap kerjasama ini juga dapat membantu kedua-dua belah pihak (Selangor FC & Al Kauthar Eduqids) untuk mencapai objektif pemasaran masing-masing disamping dapat melahirkan lebih ramai pemain serta terlibat dalam pembangunan generasi muda akan datang," tambah beliau.

Selangor FC sekali lagi dengan berbesar hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al Kauthar Eduqids Sdn Bhd di atas kerjasama ini dan semoga usaha ini dapat menarik minat lebih banyak syarikat lain di Malaysia khususnya di Selangor untuk turut menjadi rakan strategik pembangunan industri bola sepak tempatan dan pasukan Gergasi Merah.

Demi Kebanggaan!

phone