Berita SFC Selangor FC B18 Mara ke Suku Akhir Piala Belia 2023

Youth | U18 | PialaBelia2023 | 11 AUG 2023 | FAS

Selangor FC B18 Mara ke Suku Akhir Piala Belia 2023

news-picture

Skuad Selangor FC B18 mara ke peringkat Suku Akhir Piala Belia 2023 setelah menamatkan saingan Liga Juara 1 di tangga teratas baru-baru ini setelah mengumpul 11 mata daripada lima perlawanan.

Musim ini, Persatuan Bolasepak Malaysia telah membuat sedikit perubahan, setiap Juara dan Naib Juara Zon A, Zon B, Zon C dan Zon D akan mara ke peringkat seterusnya dalam Kumpulan Liga 1 dan lima pasukan teratas akan ke peringkat Suku Akhir. Manakala, pasukan yang lain akan beraksi dalam Kumpulan Liga 2 untuk mendapatkan kedudukan tiga teratas untuk berpeluang beraksi di Suku Akhir.

Baca: Selangor FC B18 Mengungguli Peringkat Kumpulan Zon C

Skuad Gergasi Merah B18 telah beraksi dalam lima perlawanan dalam saingan Liga 1 sebelum layak ke Suku Akhir Piala Belia. Berikut adalah keputusan perlawanan:-

SELANGOR B18 (2-2) JOHOR DT IV

9’ Amirul Izwan

28’ Izzat Syahir

TERENGGANU IV (1-1) SELANGOR B18

50’ Syahir Sukri

SELANGOR B18 (4-0) KELANTAN FA

Syahir Sukri

33’ Izzat Syahir

44’ Amirul Izwan

47’ Adib Adhwa

SELANGOR B18 (3-0) KEDAH DA D

Adam Haikal

7’, 21’ Syahir Sukri

AMD B16 (0-3) SELANGOR B18

27’ Zamirul Hakim

40’ Syahir Zulihsan

90+1’ Syazan Zamri

Dalam kejohanan Liga 1, skuad Selangor B18 telah menjaringkan 13 gol dalam lima perlawanan. Syahir Sukri menjadi penjaring terbanyak Gergasi Merah B18 dengan empat gol. Diikuti Izzat Syahir dan Amirul Izwan dengan dua jaringan gol. Selain itu, Adib Adhwa, Adam Haikal, Zamirul Hakim, Syahir Zulihsan dan Syazwan Zamri telah menjaringkan satu gol untuk skuad B18 Selangor dalam Liga 1.

Selain itu, Parid Hidayatulloh, penjaga gawang utama skuad Selangor B18 telah mencatat 'Clean Sheet' dalam tiga daripada lima perlawanan, membuktikan bahagian pertahanan dan juga penjaga gol juga telah beraksi dengan cemerlang dalam saingan Liga 1.

Untuk pengetahuan, Skuad Selangor B18 dijadualkan menentang Penang FC dalam pusingan Suku Akhir Piala Belia 2023 secara timbal balik pada 14 Ogos di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang (perlawanan away) dan 20 Ogos di Stadium UiTM, Shah Alam (perlawanan home).

Pihak Pengurusan Selangor FC mengucapkan tahniah atas pencapaian skuad Selangor B18 setakat ini. Kami berharap pasukan terus bekerja keras untuk mara ke pusingan Separuh Akhir serta melayakan pasukan ke perlawanan Akhir Piala Belia 2023. Semoga dipermudahkan skuad Merah Kuning B18!

Demi Kebanggaan!

phone