Berita SFC Selangor FC B20 Telah Layak Ke Pusingan Suku Akhir Piala Presiden 2023

Youth | U18 | PialaPresiden2023 | 23 AUG 2023 | FAS

Selangor FC B20 Telah Layak Ke Pusingan Suku Akhir Piala Presiden 2023

news-picture

Skuad Selangor FC B20 mara ke peringkat Suku Akhir Piala Presiden 2023 setelah menamatkan saingan Liga Juara 1 di tangga ke-3 baru-baru ini setelah mengumpul 14 mata daripada tujuh perlawanan.

Musim ini, Persatuan Bolasepak Malaysia telah membuat sedikit perubahan, setiap Juara dan Naib Juara Zon A, Zon B, Zon C dan Zon D akan mara ke peringkat seterusnya dalam Kumpulan Liga 1 dan lima pasukan teratas akan ke peringkat Suku Akhir. Manakala, pasukan yang lain akan beraksi dalam Kumpulan Liga 2 untuk mendapatkan kedudukan tiga teratas untuk berpeluang beraksi di Suku Akhir.

Baca: Skuad Selangor FC B20 Bertakhta Di Tangga Pertama Peringkat Kumpulan Zon C

Skuad Gergasi Merah B20 telah beraksi dalam tujuh perlawanan dalam saingan Liga 1 sebelum layak ke Suku Akhir Piala Presiden. Berikut adalah keputusan perlawanan:-

SELANGOR B20 (2-0) TERENGGANU III

31’ Nazmi Azzahari
47’ Dicky Hidayat

KEDAH DA C (2-2) SELANGOR B20

30’ Nabil Qayyum
81' Harry Danish

SELANGOR B20 (0-2) JOHOR DT III

AMD B17 (0-2) SELANGOR B20

44' Amirul Haziq
61' Harry Danish

SELANGOR B20 (2-1) PDRM FC

62' Nabil Qayyum
72' Khairil Zain

NEGERI SEMBILAN (0-1) SELANGOR B20

6' Khairil Zain

Dalam kejohanan Liga 1, skuad Selangor B20 telah menjaringkan 10 gol dalam lima perlawanan. Harry Danish menjadi penjaring terbanyak Gergasi Merah B20 dengan tiga gol. Diikuti Nabil Qayyum dan Khairil Zain dengan dua jaringan gol. Selain itu, Nazmi Azzahari, Dicky Hidayat dan Amirul Haziq telah menjaringkan satu gol untuk skuad 20 Selangor dalam Liga 1.

Selain itu, barisan pertahanan serta penjaga gawang utama skuad Selangor B20 telah mencatat 'Clean Sheet' dalam tiga daripada tujuh perlawanan, membuktikan semua posisi telah beraksi dengan cemerlang dalam saingan Liga 1.

Untuk pengetahuan, Skuad Selangor B20 dijadualkan menentang Sri Pahang FC dalam pusingan Suku Akhir Piala Presiden 2023 secara timbal balik pada 28 Ogos di Stadium Darul Makmur, Kuantan (perlawanan away) dan 4 September di Stadium UM, Arena (perlawanan home).

Pihak Pengurusan Selangor FC mengucapkan tahniah atas pencapaian skuad Selangor B20 setakat ini. Kami berharap pasukan terus bekerja keras untuk mara ke pusingan Separuh Akhir serta melayakan pasukan ke perlawanan Akhir Piala Presiden 2023. Semoga dipermudahkan skuad Merah Kuning B20!

Demi Kebanggaan!

phone