Berita SFC Skuad Selangor FC B23 Mengungguli Kumpulan B Sekaligus Layak Ke Liga Juara Piala MFL 2023

Youth | U23 | LigaJuara2023 | PialaMFL2023 | 27 JUL 2023 | FAS

Skuad Selangor FC B23 Mengungguli Kumpulan B Sekaligus Layak Ke Liga Juara Piala MFL 2023

news-picture

Selangor FC B23 rasmi layak ke Liga Juara musim pertama setelah berjaya menempatkan pasukan di tangga teratas Kumpulan B Piala MFL 2023 selepas menewaskan pasukan Kelantan FC 3-1 pada hari Selasa yang lalu.

Secara keseluruhan, skuad B23 tahun berjaya menamatkan Piala MFL Kumpulan B musim ini dengan 22 mata terkumpul daripada enam kemenangan, empat seri dan dua kekalahan.

Mengikut data terkumpul, skuad B23 telah menjaringkan 17 gol dalam 12 perlawanan. Danial Asri dan Haykal Danish merupakan penjaring terbanyak pasukan setakat ini dengan tiga jaringan gol. Diikuti Adim Muzahhir, Izrin Ibrahim dan Izwan Yuslan dengan dua jaringan gol. Manakala, Syahir Bashah, Faiz Amer, Khairi Suffian, Daniel Edzuan dan Muhammad telah menjaringkan satu gol untuk skuad Gergasi Merah B23.

Selain itu, dua pemain tengah Adam Haikal dan Haykal Danish telah mencatat tiga bantuan gol, menjadikan mereka penghasil ‘assist’ terbanyak pasukan. Manakala, Ruventhiran, Raimi Shuhaimi, Izrin Ibrahim, Izwan Yuslan dan Muhammad telah menyumbang satu ‘assist’ dalam Piala MFL 2023.

Dalam masa yang sama, skuad kendalian Abdi Hassan ini juga telah mencatat 'Clean Sheet' dalam empat perlawanan dan purata jumlah bolos adalah hanya satu jaringan sahaja.

Empat kelab teratas daripada Kumpulan A dan Kumpulan B Piala MFL 2023 akan berentap di pusingan kedua yang dinamakan Liga Juara. Bermain dengan format liga satu pusingan sahaja. Dua pasukan teratas Liga Juara ini akan layak ke Perlawanan Akhir Piala MFL yang akan bermula pada awal bulan Ogos untuk julung kalinya.

Pihak Pengurusan Selangor FC yakin Selangor B23 akan terus bekerja keras untuk meraih kemenangan bagi melayakkan pasukan ke Perlawanan Akhir Piala MFL 2023. Ayuh berjuang Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!

phone