Berita SFC Musim 2023 Berakhir Bagi Skuad Wanita Selangor FC

WomensFirstTeam | LWN | 05 NOV 2023 | FAS

Musim 2023 Berakhir Bagi Skuad Wanita Selangor FC

news-picture

Skuad wanita Selangor FC rasmi menutup tirai siangan Liga Wanita Nasional 2023 di tempat kelima dengan lima mata terkumpul daripada satu kemenangan dan dua perlawanan seri.

Menurut ketua jurulatih skuad wanita Selangor FC, Rosni Abd Hamid, beliau berterima kasih atas semangat juang para pemain menghadapi saingan musim ini.

“Kebanyakan pemain yang bersama skuad Wanita Selangor adalah dibarisi oleh pemain-pemain muda yang berumur seawal usia 15 tahun. Ini merupakan salah satu faktor kombinasi di antara pemain muda dan senior agak ketara. Saya bertanggungjawab untuk satukan mereka agar wujudnya ‘chemistry’ di antara mereka. Dalam masa yang sama, jurang perbezaan pengalaman yang pemain-pemain saya miliki agak jauh berbanding dengan pasukan lain yang memiliki pemain-pemain lebih berpengalaman dan kebanyakan beraksi di peringkat kebangsaan tetapi saya tidak mahu jadikan ini alasan dalam setiap kekalahan yang kami hadapi.

“Walau bagaimanapun, saya amat berterima kasih kepada para pemain kerana tetap berikan saingan yang baik dalam Liga Wanita Nasional musim ini biarpun kekurangan dalam beberapa faktor. Saya berharap pengalaman yang mereka peroleh sepanjang kejohanan ini untuk di bawa ke musim hadapan,” kata beliau.

Baca Liga Wanita Nasional | Tamat Pusingan Pertama (link: https://selangorfc.com/ms/news/3373/National%20Womens%20League%20%7C%20First%20Round%20Completed)

Pihak pengurusan Selangor FC berharap skuad Wanita Gergasi Merah akan bangkit dan membawa perubahan yang perlu bagi membantu pasukan lebih maju pada musim hadapan.

Demi Kebanggaan!

phone