Berita SFC Panggilan Negara Skuad Selangor FC

FirstTeam | NationalDuty | 09 NOV 2023 | FAS

Panggilan Negara Skuad Selangor FC

news-picture

Skuad Harimau Malaya berjaya mendapat tempat kedua Kumpulan E dengan enam mata terkumpul daripada kemenangan menentang Bahrain dan Bangladesh di pusingan Pusingan Akhir Piala Asia 2023 sekali gus layak ke Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 bersama 35 negara lain.

Enam pemain Selangor FC, Brendan Gan, Faisal Halim, Sharul Nazeem dan Mukhairi Ajmal mewakili Harimau Malaya, Safuwan Baharudin mewakili Singapore dan Noor Al-Rawabdeh mewakili Jordan, akan bertanding dalam Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 yang dijadualkan pada 16 November 2023 sehingga 11 Jun 2024.

Malaysia akan bertandingan dalam Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz pada 16 November di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan Chinese Taipei pada 21 November 2023. Manakala, Singapore akan menentang Korea Selatan pada 16 November dan Thailand pada 21 November 2023. Jordan pula, akan menentang Tajikistan pada 16 November dan Saudi Arabia pda 21 November.

Kem latihan pusat skuad Harimau Malaya akan bermula Jumaat ini, 10 November 2023 begitu juga Singapore. Manakala, Jordan telah menjalani sesi latihan terlebih dahulu pada hari Rabu, 8 November.

Dalam masa yang sama, lima pemain muda Selangor FC, Syahir Bashah, Harith Haiqal, Zikri Khalili, Izwan Yuslan termasuklah Muhammad, pemain termuda (18 tahun) dalam senarai pemain yang telah mendapat seruan menyertai kem latihan pusat Harimau Muda bermula 13 hingga 21 November 2023 sebagai persiapan menjelang kempen Piala Asia B-23 2024 yang dijadualkan berlangsung April depan.

Sementara itu, pemain Gergasi Merah yang lain akan terus menjalani aktiviti pasukan seperti sesi latihan di SFC Training Centre dan beberapa perlawanan persahabatan tertutup bagi memberi laluan kepada jendela antarabangsa FIFA bulan ini.

Pihak pengurusan Selangor FC mengucapkan tahniah dan selamat berjuang kepada pemain-pemain yang telah mendapat panggilan negara. Ayuh Malaysia!

Demi Kebanggaan!

phone