Berita SFC Selangor MAC Meraih Tempat Ketiga dalam Piala Futsal Malaysia 2023 Sebagai Penutup Tirai Musim!

Selangor MAC Meraih Tempat Ketiga dalam Piala Futsal Malaysia 2023 Sebagai Penutup Tirai Musim!

news-picture

Skuad futsal Selangor MAC rasmi pemegang tempat ketiga Malaysia Futsal Cup 2023 selepas menewaskan Terengganu 7-2 di Stadium Malawati, Shah Alam untuk Tempat Ke-3 saingan.

Malaysia Futsal Cup 2023 telah berlangsung sebaik sahaja Malaysia Premier Futsal League berakhir. Lapan pasukan tersenarai termasuklah Selangor MAC. Berikut adalah keputusan sepanjang saingan Malaysia Futsal Cup 2023:-

Suku Akhir

Shah Alam City 3-6 Selangor MAC

Selangor MAC 2-4 Shah Alam City

Separuh Akhir

Selangor MAC 0-3 Johor DT

Johor DT 5-3 Selangor MAC

Tempat ke-3

Terengganu 2-7 Selangor MAC

Dalam saingan Malaysia Futsal Cup 2023, Syawal Sabaruddin telah membuat penampilan terbanyak iaitu dalam 191.86 minit, diikuti Ceara sebanyak 146.62 minit, kemudian Syahir Iqbal, pemain muda pasukan, 18 tahun, telah beraksi dalam 111.27 minit. Manakala Faris Johan pula 102.59 minit. Mereka merupakan pemain tonggak skuad futsal Selangor MAC musim ini.

Daripada jumlah penampilan tersebut, Selangor MAC telah berjaya membuat 18 jaringan gol dalam saingan tersebut. Matheus Vasconcelos atau lebih dikenali dengan gelaran Ceara dan Faris Johan telah berkongsi jumlah jaringan dengan empat gol, diikuti Takeshi Higuchi, Fariq Muhd dan Khairul Effendy dengan dua gol. Kemudian, Azamuddin Hassan, Syahir Iqbal, Bukharie Shamsudin masing-masing menjaring satu gol untuk skuad Selangor MAC.

Bagi bantuan gol pula, Ceara telah membuat assist terbanyak iaitu sebanyak empat kali. Kemudian, Syahir Iqbal dengan dua bantuan gol. Manakala, Fariq Muhd, Khairul Effendy, Faris Johan dan Bukharie Shamsudin telah membuat satu bantuan gol.

Menurut ketua jurulatih Selangor MAC, Edgar Baldasso, puji semangat juang pemain Selangor MAC.

“Apa yang saya boleh katakan adalah saya berpuas hati dengan musim ini bersama skuad Futsal Selangor MAC. Bukanlah satu pencapaian yang kita sasarkan namun tempat ketiga masih membuktikan para pemain bekerja keras untuk dapatkan sesuatu musim ini,” tegas Edgar.

Pihak Media juga sempat temubual Fariq Muhd, Kapten skuad Selangor MAC tentang perasaannya, “Agak dukacita untuk kami kerana tidak dapat memenangi sebarang piala pada musim ini. Walau bagaimanapun, tempat ketiga bagi saya juga merupakan satu pencapaian positif untuk pasukan. InshaaAllah, tahun depan kita akan berusaha dengan lebih baik lagi,”

Bersyukur menjadi sebahagian pemain yang lama bersama pasukan, “Alhamdulillah sudah 5 tahun saya bersama dengan Selangor MAC. Banyak kejayaan peribadi dan bersama pasukan yang telah saya kecapi. Kita dapat lihat pemain-pemain lain berada di satu tahap yang berbeza dari masa ke semasa. Tidak lupa juga, Pengurus Pasukan, Mimi Afzan juga merupakan individu yang sangat penting untuk pasukan. Beliaulah yang telah menjaga kebajikan pemain dengan rapi dan sangat baik,”.

Untuk pengetahuan, tiga pemain Selangor MAC, penjaga gawang, Syawal Sabaruddin, Faris Johan dan pemain muda Syahir Iqbal telah dipanggil skuad futsal Harimau Malaya untuk kelayakan Piala Asia Futsal 2024 di Uzbekistan.

Pihak Pengurusan berpuas hati dengan pencapaian Selangor MAC dengan harapan skuad Futsal akan bangkit untuk saingan musim hadapan. Teruskan berjaya skuad futsal Selangor MAC!

Demi Kebanggaan!

phone