Berita SFC Liga Wanita Nasional Musim 2023 Akan Bermula!

WomensFirstTeam | LWN | 28 JUL 2023 | FAS

Liga Wanita Nasional Musim 2023 Akan Bermula!

news-picture

Skuad Wanita Selangor FC akan memulakan perjuangan mereka dalam saingan Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 pada 5 Ogos, Sabtu ini dan Arena MBSJ, Subang Jaya menjadi laman perjuangan mereka bagi perlawanan home.

Lapan pasukan akan mengambil bahagian dalam saingan Liga Wanita Nasional untuk musim ini termasuk Selangor FC.

Menurut Rosni Abd Hamid, Ketua Jurulatih, Skuad Wanita Selangor FC terdiri daripada barisan pemain muda yang akan berikan saingan tinggi dalam Liga Wanita Nasional 2023.

“Musim ini skuad Wanita Selangor FC merupakan gabungan pemain-pemain muda daripada Sekolah Sukan Selangor dan beberapa pemain senior daripada skuad tahun lepas serta penambahan beberapa pemain baharu. Pemain paling muda pasukan adalah berusia 15 tahun dan purata umur skuad ialah 20 tahun.

“Kita (barisan jurulatih) akui banyak pasukan lain mempunyai skuad yang lebih berpengalaman dan kuat yang akan memberikan cabaran besar. Namun, kami percaya pemain-pemain muda ini sedia untuk membuktikan diri mereka di pentas LWN.

“Dalam masa yang sama, ini menjadi misi kami untuk membawa bakat-bakat muda dan baru dalam usaha membantu meningkatkan bilangan pemain wanita berbakat di dalam Selangor dan negara,” harapan Ketua Jurulatih skuad Wanita Selangor FC.

Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana dapat mempraktikan elemen-elemen baharu yang dipersetujui oleh pihak pengurusan Selangor FC, “Musim ini kami dapat kelebihan dari segi nutrisi dalam memastikan para pemain dapat membuat penjagaan pemakanan yang tepat agar membantu mereka untuk beraksi dengan lebih bertenaga. Tidak lupa juga fasiliti yang tersedia di Pusat Latihan SFC untuk kegunaan pemain-pemain kami dan penambahan ahli fisio daripada Red Giants Medical Centre yang akan merawat pemain dari sesi latihan dan perlawanan. Ini semua dapat membantu skuad Wanita Selangor FC lebih kukuh musim 2023.”

Berikut adalah senarai penuh pemain skuad Wanita Selangor FC 2023:-

PENJAGA GOL: Norazizah Nazri (28), Daliea Eliessa (15), Amyra Fariesya (15).

PERTAHANAN: Nurul Hamira (31), Wan Nadhirah (28), Anin Sofiya (21), Zureen Aliya (21), Nuratiqah Batrisyia (16), Asma Munajati (16), Nicol Adrynna (15), Fatin Najiha (15).

PEMAIN TENGAH: Zur’ain Kamarudin (26), Nurul Lyana (24), Leong Xin Ying (22), Faiqah Safira (22), Marissa Aleya (16), Yusrina Syasya (16), Dian Aqilah (16).

PENYERANG: Siti Nabilah (30), Fatin Fartini (17).

Nota: *(xx) umur pada tahun 2022

Selangor FC yakin skuad Wanita Selangor FC akan beraksi dengan cemerlang dalam saingan Liga Wanita Nasional 2023. Ayuh, Gergasi Merah!

Maklumat lanjut mengenai pasukan Wanita Gergasi Merah akan dimaklumkan di laman media sosial rasmi Selangor FC.

Demi Kebanggaan!

phone