Berita SFC Pasukan Kebangsaan B23 Menjamin Kelayakan untuk Qatar 2024

FirstTeam | NationalDuty | U23 | 14 SEP 2023 | FAS

Pasukan Kebangsaan B23 Menjamin Kelayakan untuk Qatar 2024

news-picture

Skuad bawah 23 tahun negara berjaya mara ke Piala Asia AFC B23 2024 di Qatar setelah mendapat slot terakhir tempat kedua terbaik kumpulan sebaik sahaja tamat pusingan kelayakan di Thailand 12 September yang lalu.

Enam pemain Selangor FC, Mukhairi Ajmal, Syahir Bashah, Ruventhiran, Harith Haiqal, Zikri Khalili dan Izwan Yuslan merupakan antara pemain B23 Kebangsaan yang telah beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Asia B23.

Sepanjang pusingan tersebut, Malaysia berjaya mendapat enam mata terkumpul daripada dua kemenangan semasa menentang Bangladesh dengan keputusan 2-0 dan Filipina 4-0. Dalam kedua perlawanan ini, Mukhairi Ajmal, Harith Haiqal dan Izwan Yuslan berjaya menjaringkan satu gol untuk pasukan.

Malaysia berakhir dengan tempat kedua dalam pusingan kelayakan Kumpulan H setelah tewas dengan pasukan Thailand 1-0. Walau bagaimanapun, Malaysia berjaya melayakkan diri selaku pasukan terakhir tempat kedua terbaik dengan perbezaan penolakan markah daripada jumlah kad kuning berbanding pasukan Iran.

Skuad Kebangsaan bawah 23 tahun telah selamat tiba di Malaysia semalam. Keenam-enam pemain akan lapor ke kem Gergasi Merah semula pada hari ini bagi menjalani latihan persiapan menentang Terengganu FC dalam saingan Piala Malaysia 2023 pada hari Sabtu ini.

Selangor FC mengucapkan tahniah kepada skuad bawah 23 negara atas kelayakan ke Piala Asia B23 musim 2024 dan selamat pulang ke Pusat Latihan SFC kepada pemain-pemain Gergasi Merah.

Demi Kebanggaan!

phone