Berita SFC Skuad Selangor B18 Mara Ke Pentas Perlawanan Akhir Piala Belia 2023

Youth | U20 | PialaPresiden2023 | 03 SEP 2023 | FAS

Skuad Selangor B18 Mara Ke Pentas Perlawanan Akhir Piala Belia 2023

news-picture

Skuad Selangor B18 berjaya mara ke pentas Perlawanan Akhir Piala Belia 2023 setelah menumpaskan Terengganu IV 2-1 di Stadium UiTM, Shah Alam dalam perlawanan Separuh Akhir Kedua sebentar tadi.

Skuad kendalian Khushairi Wahab ini telah menyandang takhta Zon C Piala Belia dengan 16 mata terkumpul dengan lima kemenangan dan satu seri. Baca lebih lanjut di: Selangor FC B18 Mengungguli Peringkat Kumpulan Zon C

Melalui kedudukan ini, Selangor B18 kemudiannya telah layak ke peringkat seterusnya, Liga 1. Skuad Merah Kuning B18 terus mengekalkan kedudukan teratas dalam saingan Liga 1 dengan 11 mata terkumpul, melayakan pasukan ke peringkat Suku Akhir Piala Belia 2023. Baca lebih lanjut di: Selangor FC B18 Mara ke Suku Akhir Piala Belia 2023

Berikut adalah keputusan Suku dan Separuh Akhir Piala Belia skuad Selangor B18:-

Suku Akhir 1:

Penang FC (0-3) Selangor B18

Izzat Syahir

Izzat Syahir

Harith Safuan

Suku Akhir 2:

Selangor B18 (6-0) Penang FC

Izzat Syahir

Amirul Izwan

Syahir Sukri

Syazan Zamri

Agregat: Selangor B18 (9-0) Penang FC

Separuh Akhir 1:

Terengganu IV (2-6) Selangor B18

Syahir Sukri

Ariz Zuhayr

Syahir Sukri

Izzat Syahir (2)

Syahmie Rosli

Separuh Akhir 2:

Selangor B18 (2-1) Terengganu IV

Adam Haikal

Syahir Sukri

Agregat: Selangor B18 (8-3) Terengganu IV

Menurut Ketua Jurulatih Selangor B18, Khushairi Wahab, beliau dan barisan jurulatih akan membantu pemain-pemain mempamerkan aksi yang terbaik di kedua-dua pentas akhir Piala Belia 2023.

“Alhamdullilah, skuad Belia Selangor berjaya mara ke pentas akhir untuk dua kali berturut-turut, meneruskan pencapaian skuad 2022,”

“Ini merupakan skuad Belia saya yang pertama sebagai seorang Ketua Jurulatih. Skuad Selangor B18 kali ini merupakan gabungan pemain-pemain Sekolah Sukan Negeri Selangor (SSN), Pusat Latihan Daerah (PLD) dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD). Kami berusaha menyatukan pemain-pemain ini untuk menjadi sebuah pasukan yang bagi saya banyak peningkatan yang telah ditunjukkan dan semestinya banyak juga yang kami perlu perbaiki,”

“Masuk sahaja pusingan perlawanan akhir ini, sasarannya adalah kemenangan. Saya akan pastikan pemain-pemain skuad Selangor B18 mempamerkan aksi yang terbaik dalam kedua-dua pusingan Perlawanan Akhir nanti bagi membantu pasukan mencapai sasaran tersebut,” harapan Khushairi Wahab.

Skuad Selangor B18 akan berdepan dengan pasukan Johor DT IV dalam Perlawanan Akhir Piala Belia 2023 secara timbal balik pada 9 dan 17 September ini.

Selangor FC mengucapkan tahniah kepada pasukan Selangor B18 atas pencapaian yang perlu dibanggakan ini dengan mara ke pentas Perlawanan Akhir Piala Belia untuk musim ini. Semoga kejayaan milik kita, Red Giants!

Demi Kebanggaan!

phone