SFC News Tiga Pemain Baru Sah Memperkuatkan Pasukan Yoodo Selangor Red Giants (Yoodo SRG) Bagi Musim 2024.

Esports | isRed | 30 JAN 2024 | FAS

Tiga Pemain Baru Sah Memperkuatkan Pasukan Yoodo Selangor Red Giants (Yoodo SRG) Bagi Musim 2024.

news-picture

Selepas kemasukkan Yumskie sebagai pemain baru pada penghujung November tahun lepas, kini pasukan #GergasiMerah membawa masuk tiga lagi pemain baru iaitu pemain di posisi ‘Gold Laner’ John Vincent Banal aka Innocent, Mark Genzon Rusiana aka Kramm sebagai ‘EXP Laner’ dan seorang pemain tempatan iaitu Hazziq Danish aka Stormie yang bermain diposisi ‘Mid Laner’. Ketiga-tiga pemain ini telah diumumkan secara rasmi bermula pada hari Rabu yang lalu sebagai pemain #GergasiMerah untuk tahun ini.

Mereka dipilih selepas melalui proses percubaan yang dilaksanakan oleh staff kejurulatihan Yoodo SRG iaitu Arcadia dan Ozoraveki sejak November tahun lepas.

“Beberapa nama besar telah mengikuti sesi percubaan bersama pasukan. Namun, mereka bertiga telah menunjukkan prestasi yang baik dan saya melihat setiap individu mempunyai kredibiliti mereka yang tersendiri,” ujar Ozoraveki.

Innocent dan Kramm adalah pemain yang berasal dari Filipina dan masing-masing merupakan pemain yang bermain di liga MPL Filipina (PH) pada musim lepas. Manakala Stormie pula merupakan pemain tempatan yang telah bermain di liga profesional MPL Malaysia (MY) sejak musim ke-9 kejohanan itu berlangsung. Kini, pasukan #GergasiMerah telah mempunyai 2 pemain baharu posisi ‘Exp Laner’ dan ‘Mid Laner’.

“Kehadiran Stormie dan Kramm adalah untuk memperkuatkan posisi ‘Exp Laner’ dan 'Mid Laner’. Saya yakin wujudnya pesaingan sihat dalam pasukan akan membantu pemain-pemain untuk mencapai tahap terbaik mereka.

“Secara tidak langsung, barisan pemain skuad Gergasi Merah telah lengkap, saya gembira melihat mereka telah berkumpul dan mula membentuk satu ikatan yang positif sebagai satu pasukan. Saya yakin pasukan ini akan membawa satu perubahan yang lebih baik daripada musim lepas kerana setiap pemain ini hadir dari latar yang berbeza dan ini sekaligus dapat membentuk satu pasukan yang baik,” ujar Arcadia.

Ini merupakan persediaan yang telah dilakukan oleh Yoodo SRG. Pihak pengurusan ingin mengucapkan selamat datang buat pemain baru dan selamat maju jaya dalam menempuh saingan pada musim ini.

Demi Kebanggaan!

phone