Berita SFC Yoodo Red Giants | Rumusan MPL MY Musim Ke-12

YRG | #MPLMY | 13 OCT 2023 | FAS

Yoodo Red Giants | Rumusan MPL MY Musim Ke-12

news-picture

Dari tangga 5-6 ke tangga 3 terbaik Malaysia!

Itulah pencapaian terkini pasukan Yoodo Red Giants di pentas MPL MY musim ke-12 apabila berjaya melangkah sehingga ke peringkat ‘Lower Bracket Finals’ sebelum kemenangan berpihak kepada Team SMG dengan keputusan 3-2 untuk kedudukan tempat ke-3 dalam kejohanan itu.

Seperti sedia maklum, pasukan #GergasiMerah membuat satu perubahan besar bagi musim ini dengan membawa masuk tiga ‘imports’ dari Filipina iaitu Arcadia sebagai ketua jurulatih dan dua lagi pemain iaitu Pancake dan Super Red bagi memperkuatkan lagi pasukan.

Berakhirnya saingan ‘regular season’ selama 6 minggu, pasukan ini sekali lagi berjaya menduduki tangga ke-4 daripada 10 pasukan sekaligus mengunci slot ‘upper-bracket’ sebagai satu kelebihan bagi saingan ‘Playoffs’.

Pada pertengahan ‘regular season’, pasukan #GergasiMerah membawa masuk seorang lagi pemain baru sebagai pemain pinjaman dari pasukan Monster Vicious iaitu Super Nova. Beliau yang memegang role terpenting dalam pasukan iaitu ‘Roamer’, membuat debut di ‘Playoffs’ apabila pasukan #GergasiMerah berada dalam keadaan ‘Do or Die’ apabila pasukan Todak berjaya mendapatkan kemenangan dalam pusingan pertama perlawanan.

Super Nova menjadi kunci kemenangan apabila berjaya mengembalikan momentum kemenangan sekaligus menoktahkan perjalanan pasukan Todak dengan keputusan 2-1. Super Nova juga menjadi ‘MVP’ dalam perlawanan tersebut.

Walaupun beliau diturunkan pada saat genting, namun Super Nova tetap bersemangat untuk bermain sehingga berjaya mempamerkan corak permainan yang berkualiti.

“Pada waktu itu, saya memang bimbang kerana ini adalah detik terpenting untuk pasukan melakukan kebangkitan, namun pada masa yang sama saya tetap bersemangat untuk diturunkan dan lebih semangat untuk mengalahkan pasukan Todak” tegas Super Nova.

Setelah 2 hari bertarung di pentas ‘Playoffs’, akhirnya pasukan #GergasiMerah tunduk 3-2 keatas Team SMG dan menghalang hasrat pasukan #GergasiMerah untuk melangkah ke peringkat ‘Grand Finals’. Bagi pemain diposisi ‘Mid-Laner’ iaitu Super Zak, pasukannya berada selangkah dihadapan untuk mendapatkan kemenangan namun atas beberapa kesilapan, pasukan lawan berjaya bangkit untuk mendapatkan kemenangan.

“Bagi saya, ini adalah pencapaian terbaik bagi diri saya. Sebelum ini saya pernah tersingkir dari MPL bersama pasukan lama, kembali semula dengan pasukan Yoodo Red Giants pada musim lepas sehingga mendapat tempat ke 5-6, dan kini berjaya mendapat tempat ke-3, saya tetap bangga dengan pencapaian ini” ujar Super Zak.

Di samping itu,pemain import dari Filipina iaitu Super Red dinobatkan sebagai ‘The Best Gold Laner’ bagi musim ini apabila terpilih untuk ‘Dream Team Awards’ bagi musim ini. Ia sememangnya menjadi pembakar semangat buat Super Red kerana ini adalah penampilan pertamanya di liga Malaysia dan baru sahaja berumur 17 tahun. Syabas Super Red!

Secara kesimpulan, pasukan #GergasiMerah pada musim ini berjaya menunjukkan peningkatan yang amat menakjubkan dan pihak pengurusan juga percaya bahawa pasukan ini akan terus mempamerkan kematangan dan kebangkitan untuk kejohanan yang akan datang.

Tidak dilupakan buat para penyokong yang selama ini menjadi kekuatan bagi pasukan #GergasiMerah, jutaan terima kasih diucapkan buat anda semua. Teruskan sokongan anda buat pasukan. InsyaAllah pasukan ini akan bangkit lagi.

Demi Kebanggaan!

phone