Berita SFC Yoodo Red Giants | Perjuangan Dalam Liga MPL MY Musim Ke 12 Tamat Di Tangga Ke 4

YRG | 26 SEP 2023 | FAS

Yoodo Red Giants | Perjuangan Dalam Liga MPL MY Musim Ke 12 Tamat Di Tangga Ke 4

news-picture

Perjuangan ‘Regular Season’ MPL MY Musim ke-12 bagi pasukan Yoodo Red Giants tamat di tangga ke-4.

Setelah menempuh ‘Regular Season’ selama 6 minggu, pasukan #GergasiMerah berjaya mengumpul 17 mata dan menduduki tangga ke-4 untuk mengunci slot ‘Upper-Bracket’ bagi saingan ‘Playoffs’. Ini juga merupakan kali kedua selama 2 musim pasukan #GergasiMerah berjaya mengunci slot ‘Upper-Bracket’ bagi saingan ‘Playoffs’.

Pasukan #GergasiMerah telah mencatatkan 6 kemenangan dan 3 kekalahan bagi musim ini.

Namun bagi rekod kekalahan, Pasukan #GergasiMerah tidak pernah tewas, 2-0 kepada mana-mana pasukan selama ‘Regular Season’.

Menurut Ketua Jurulatih Yoodo Red Giants iaitu Arcadia, beliau mahu jadikan 9 perlawanan yang dilalui, menjadi proses pembelajaran bagi pasukan untuk memperbaiki segala kelemahan dalam permainan.

Beliau tetap bangga dengan kesemua pemainnya kerana telah memberikan sehabis baik bagi setiap perlawanan dan para pemainnya juga masih mempunyai semangat untuk memburu kemenangan.

“Banyak yang telah kami pelajari selama 6 minggu. Saya sangat bangga dengan pasukan ini kerana mereka telah menunjukkan kesungguhan mereka dan masih ingin memburu kemenangan.”

“Saya masih percaya dengan kebolehan mereka. Kita terus melangkah kehadapan dan fokus sepenuhnya untuk ‘Playoffs’” tegas Arcadia.

Beliau berharap agar pasukan melupakan kekalahan yang dialami pada saingan ‘Regular Season’ dan terus fokus bagi persiapan ke ‘Playoffs’.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua penyokong yang sentiasa hadir memberikan sokongan selama 6 minggu pasukan #GergasiMerah beraksi di ‘Land of Dawn’.

Pihak pengurusan Yoodo Red Giants percaya dengan pasukan dan berharap agar pasukan #GergasiMerah terus melakar kejayaan di peringkat ‘Playoffs’ awal Oktober nanti.

Demi Kebanggaan!

phone