Berita SFC Yoodo Red Giants | Perjalanan Dalam Liga MPL MY Musim Ke 12 Setakat Ini

YRG | #MPLMY | 7 SEP 2023 | FAS

Yoodo Red Giants | Perjalanan Dalam Liga MPL MY Musim Ke 12 Setakat Ini

news-picture

Minggu lepas, pasukan ‘Mobile Legends’ dibawah naungan Selangor FC iaitu Yoodo Red Giants menamatkan hari terakhir di minggu ketiga saingan liga MPL MY musim ke-12 pada minggu lepas dengan 1 mata.

Pasukan #GergasiMerah membuat pertemuan buat kali kedua dengan pasukan RSG MY bagi perlawanan terakhir yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Pasukan #GergasiMerah terpaksa akur apabila RSG MY berjaya mendapatkan kemenangan dengan keputusan 2-1 sekaligus menamatkan rekod kemenangan berturut-turut pasukan #GergasiMerah. Kekalahan pada minggu lepas juga merupakan kekalahan pertama bagi musim ini setelah mendominasi 5 perlawanan dengan kemenangan yang berturut-turut.

“Kekalahan minggu lepas bukanlah kekalahan yang memberikan impak buruk untuk kami, tapi kekalahan itu memberi satu ruang buat pasukan agar kami boleh meneliti semula bahagian mana yang perlu diperbaiki dan semestinya kami akan tunjukkan kebangkitan bagi perlawanan seterusnya” jelas Ozoraveki.

Kini pasukan #GergasiMerah memiliki 13 jumlah mata terkumpul sepanjang 3 minggu liga dijalankan dan masih menduduki tangga pertama liga dan diikuti rapat oleh pasukan Team SMG dengan perbezaan 2 mata.

Setelah tiga minggu liga dijalankan, setakat ini, pemain import dari Filipina iaitu Super Red yang bermain diposisi ‘Gold Laner’ kini merupakan pemain yang memiliki jumlah mata singkir atau ‘kill’ terbanyak iaitu 67 jumlah ‘kill’. Manakala pemain yang bermain diposisi ‘Mid Laner’ iaitu Super Zak mempunyai jumlah bantuan atau ‘assists’ sebanyak 116 diikuti seorang lagi pemain import iaitu Pancake sebanyak 97 jumlah ‘assists.

Pasukan #GergasiMerah akan kembali turun ke pentas saingan MPL MY bagi perlawanan ke-7 mereka menentang pasukan Homebois. Ia juga merupakan pertemuan kedua bagi kedua-dua pasukan tersebut namun pertemuan kali ini dengan barisan pemain yang berbeza.

“Bagi perlawanan esok, ia akan menjadi perlawanan yang besar bagi pembukaan minggu ke 4. Semestinya kami akan menghormati pihak lawan namun pasukan kami akan sentiasa bersedia serta bersemangat menjelang perlawanan esok” tegas ketua jurulatih Arcadia.

Semestinya perlawanan pada hari esok adalah perlawanan yang cukup hangat, jadi ayuh kita terus berikan sokongan buat pemain #GergasiMerah kita????

#Demi Kebanggaan!

phone